Pages

Selasa, 27 November 2012

Tips penjagaan puyuh.


Berikut adalah beberapa tips pembelaan puyuh. :-

1) seekor puyuh memerlukan 30 cm persegi. jadi 30cm x jumlah burung  x 3.5 meter tinggi = saiz reban

2) burung puyuh memerlukan pengudaraan yg baik. reban tertutup tanpa pengudaraan baik akan menyebabkan puyuh anda keracunan amonia. Amonia tinggi adalah akibat dari bahan kumuhan@buangan burung. Penternak yg sudah lama berkecimpung dalam penternakan puyuh akan lebih susah untuk mengesan amonia dengan hidung sendiri kerana sudah alah. jadi tahi burung perlu dibersihkan sekiranya tahap amonia melebihi 20 - 25 ppm . seorang penternak tegar hanya boleh menghidu amonia setelah mencecah 50 - 60ppm. memasang alat pengesan amonia di reban dapat membantu mengelakkan pengumpulan amonia yg tinggi.

3) diet burung puyuh berbeza mengikut umur. puyuh perlukan 20% - 26% protein dalam dietnya . kepelbagaian makanan dan tumbuhan hijau bagus untuk tumbesaran puyuh yg sihat dan kuat ( mcm iklan milo plak )

4) Puyuh boleh mula bertelur setelah berumur 42 hari. Makanan supliment calcium seperti serbuk kulit tiram atau serbuk telur sotong perlu diberikan untuk mengelakkan telur puyuh yg substandard dan tidak berkualiti.

5) Baka puyuh perlu diperbagaikan supaya mengelakkan inbreeding. Sekiranya inbreeding berlaku. kebarangkalian untuk mendapat puyuh yg cacat pada generasi kedua adalah tinggi. Sistem Imunisasi puyuh juga akan terjejas akibat inbreeding. Asingkan puyuh jantan dengan puyuh betina dari salasilah keluarga yg sama. campurkan puyuh jantan dari salasilah keluarga yg lain untuk keperbagaian gene.

6) Puyuh yg dibiakkan untuk daging (Pedaging) boleh dituai (disembelih) pada umur 8 minggu. 

7) Puyuh amat sensitif pada suhu sejuk. Pastikan anda mempunyai sistem pemanasan simulasi induk ( mentol lampu ) pada waktu sejuk seperti waktu malam, waktu hujan. Puyuh juga memerlukan persekitaran yg tidak basah.

8) Puyuh yg sihat akan aktif. tapi puyuh yg aktif juga suka rehat. jadi jangan salah sangka puyuh yg tengah rehat dengan puyuh yg kurang aktif.

9) selalunya puyuh yg bermasalah sentiasa bernafas dengan mulut terbuka. Ini adalah akibat jangkitan kuman yg menyebabkan puyuh tu sukar untuk bernafas. tapi jangan salah sangka pula sebab puyuh juga bernafas dengan mulut terbuka untuk mengelakkan pengumpulan haba dalam badan mereka.

10) Puyuh goreng sedap dimakan pada waktu panas. hehe .. yg last ni ayah bubuh sendiri sebab ayah suka makan puyuh

11) Tahi burung puyuh juga boleh dikomposkan dan dibuat baja. anak burung puyuh yg mati semasa penetasan boleh dibekukan dan dipasarkan pada pemilik pemilik binatang peliharaan exotic seperti ular, burung hantu , burung helang dan lain lain.

12) Penternak disarankan mengenakan atas perlindungan mata dan juga alat penapis penafasan bagi mengelakkan debu debu tahi burung yg berterbangan dalam reban masuk kedalam rongga hidung , mata dan telinga. Kandang puyuh perlu dibersihkan secara total bagi setiap cycle pembiakkan. setelah burung dewasa telah dituai, reban perlu dibersihkan sebelum ditempatkan anak2 puyuh baru.

kawasan dada puyuh jantan yg tidak berbintik dan lebih perang

3 ulasan:

Jimi rashdan berkata...

umak ai tingginye reban puyuh 3.5m tinggi..

Jimi rashdan berkata...

kalau bela 10 ekor so 10x0.3m2x3.5m=10.5m3.. salah kot pengiraan ni.. 10.5m3 besau tu..

ruffleen berkata...

rsnyer ni untuk reban puyuh pedaging...bukan jenis reban bertingkat untuk puyuh penelur...kalau bela dalam 10 ekor jer xyah wat reban besar2 camni...ukuran ni untuk kormersial nyer...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)2009 .. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger

Related Posts with Thumbnails