Pages

Jumaat, 9 November 2012

hari bersejarah...



Hari ini adalah hari istimewa buat Haris dan Haryati.

Tanggal 12 Disember 2012 adalah hari yang sangat istimewa kerana pada hari ini, mereka bakal melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Pagi itu sudah selesai majlis akad nikah. Syukurlah, dengan sekali lafaz sahaja, Haryati sah bergelar isteri kepada Haris dan Haris pula naik pangkat jadi suami.

Haris melepaskan nafas yang dari tadi ditahannya kerana rasa gementar teramat sangat dirasakan. Haryati tersenyum gembira sambil air matanya menitis...ibunya di sebelah dari tadi tidak henti menangis. Sudah hampir berapa liter air mata tidak disukat jumlahnya. Haris tersenyum gembira lalu memanjatkan tangan berdoa tanda bersyukur kerana akhirnya berjaya juga selepas berkawan beberapa tahun.

Hari itu adalah hari yang sangat emosional untuk kedua-dua belah mempelai dan keluarga.

"Kita kena berangkat balik ke rumah ni, sekejap lagi aturcara dah jalan," pesan ayah Haris kepada Haris. Haris mengangguk lalu dia bangun menuju ke arah Haryati. Haris melutut di depan Haryati.

Haryati senyum.

Pengapit lelaki pada hari tu rasa nak muntah melihat gelagat romantis rakan baiknya.



Meriah suasana hari itu. Suasana agak riuh dengan suara orang ramai berborak dan muzik gamelan yang dimainkan secara live oleh kumpulan yang disewa hari itu. Agak bernasib baik juga dewan yang disewa itu dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin yang menyamankan sedikit suasana.

Haris malu2 apabila disuruh oleh kawan2 mereka supaya menyuap makanan kepada Haryati. "Ris! Sporting la sket. Bukan selalu orang suruh kau suap makan!Wakakak!" selamba salah seorang rakan mereka bergurau.

"Ehem..ehem...assalamualaikum semua!" laung seorang kanak2 di mikrofon. "Ada apa ni?" Semua tetamu memandang ke arah pentas berhias yang terletaknya pelamin. Sebuah layar projektor sudah siap dipasang.

"Bila masa u upah I punya anak buah jadi pengacara ni?" tanya Haryati. "I saja buat surprise sket untuk U..." jawab Haris manja.

"Assalamualaikum semua. Saya Apis, anak buah Pak Lang Haris dan ni Nabila, anak buah Mak Su Haryati," kata Apis. "Kami kena paksa dengan Uncle Haris  jadi pengacara. Tapi sebab dia belikan saya PSP, saya kata boleh jadi.."

Seluruh dewan gelak ketawa melihat keletah kedua-dua kanak2 itu.

"Sebenarnya, kami ada sini sebab nak tunjuk kepada anda tetamu semua video bagaimana Uncle Haris dengan Aunty Haryati berkenalan..saya tak dapat PSP pun, Aunty Haryati kedekut!" kata Nabila sambil ketawa menutup mulut.

Satu dewan ketawa riang. "Boleh mula video sekarang?" tanya Apis. Dewan ditutup lampunya. Keadaan jadi gelap. Sunyi. Video mula terpapar di skrin.

Muzik lembut mula beralun meresapi telinga semua tetamu. Video mula memaparkan gambar zaman kanak2 Haris dan Haryati. Kemudian zaman ketika mereka bertemu dan bercinta sejak dari sama-sama belajar di United Kingdom sehinggalah zaman pekerjaan mereka yang kebetulan pula bekerja dalam syarikat korporat yang sama.

Apabila video habis, semua tetamu bertepuk tangan. Ada yang mengalirkan air mata. Haryati meletakkan tangannya ke atas tangan Haris lalu digenggamnya kuat2. Haris senyum.

"Mama, mama.." tanya Nabila sambil mikrofon masih dekat di mulut. Kakak Haryati yang dari tadi berdiri berdekatan anaknya mengangkat jari ke mulut menyuruh anaknya berhenti bercakap.

"Mama..mama...kenapa Uncle Haris dengan Aunty Haryati pegang2 tangan masa diorang kat obersea? Mama kata Uncle Haris dengan Aunty haryati baru kawin pagi tadi? Bila diorang pegi tangkap gambar pakai baju kahwin tu?" tanya Nabila ikhlas, didengari oleh seluruh dewan.

Haris cepat2 mengambil seketul ayam lalu digigitnya. Haryati rasa seperti nak tercekik daging rendang di tekaknya. Kedua-dua ibu bapa pengantin mula keluar meninggalkan dewan, pura-pura kononnya ada VIP baru sampai dan perlu disambut

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)2009 .. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger

Related Posts with Thumbnails