Pages

Khamis, 29 November 2012

9 jenis anak syaitan...


info yang ibu nak kongsikan dengan sape2 saje yang bace blog ni...didalam dunia ini, syaitan pun ada jenis-jenisnya juga....Allah ciptakan mereka ini dalam kategori dan jenis-jenis yang tersendiri. Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :
  1. Zalituun
    duduk di pasar atau kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat...menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu...

  2. Wathiin
    pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah...

  3. A’awan
    menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat...seronok dengan kedudukan dan kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama...

  4. Haffaf
    berkawan baik dengan kaki botol...suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras)...

  5. Murrah
    merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah...mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain...

  6. Masuud
    duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut...

  7. Daasim
    duduk di pintu rumah kita...jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi)...

  8. Walahaan
    menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain...

  9. Lakhuus
    merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)2009 .. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger

Related Posts with Thumbnails