|
Atuk dan Wan posing di permulaan jogging |
Semalam (Selasa, 13 November 2012) pukul 6 pagi ibu dapat panggilan dari Wan. Wan ajak jogging. "jogging kat mana ?" tanya ibu .. "jogging kat putrajaya". laju je terus bangun. maklum la cuti umum ( deepavali ). wafiy pun bangun . awal wafiy bangun . tapi tak seperti biasa, selalunya wafiy bangun jer nangis2. tapi kali ni bangun dengan ceria . siap senyum2. mana tak nya. pukul 6:30ptg dah tido. pukul 6 pagi baru bangun. penat sangat kot. hehe .Selesai solat subuh, lepas kasi semua pet kami makan, basuh muka , tukar pampers wafiy. dah siap2 tu . ayah,ibu dan wafiy pun turun. pastu ibu call wan. bagitau tunggu kat simpang jalan jer. lepas tu kami 3 beranak pun jalanlah menuju ke simpang ( wafiy tak jalan pun. kene dukung jer).
Jauh jugak simpang tu rupanya. tiba je kat simpang tu tengok2 atuk wan dan asu dah sampai dah. kami pun naik lah kereta menuju ke putrajaya. Rupanya asu keje aritu. asu keje kat JPAM putrajaya. motor asu kat bengkel lagi sebab haritu accident. nasib baik tak serious. so atuk dan wan hantar asu pegi keje lah.
|
Matahari masih segan segan untuk menonjolkan diri. |
Sesudah je hantar asu, kami semua terus menuju ke tasik empangan putrajaya, bersebelahan hotel pullman. Memulakan perjalanan dalam pukul 7:15 pagi . dari hulu ke hilir panjang tempat jogging tu 2.5 km. kalau pegi balik complete lah 5 km. lebih kurang 6000 kali tapak atau lebih kurang 300 calories. cewah. Mula mula start tu cuaca sejuk jer. siap ada angin sepoi2 bahasa. wafiy pun syok je duduk dalam stroller.
|
Atuk dan Wan di hadapan, Ibu dan Wafiy dibelakang |
Sambil2 jalan tu ibu tangkap gambar. pastu ayah pun tangkap gambar gak . "nanti nak bubuh dlm blog " kata ibu. lambat sikit lah ibu dan ayah jalan sebab snap2 gambar. atuk dan wan laju ke depan. tak sempat 5 minit berjalan, wafiy tiba2 cakap "minum minum". hish wafiy ni. jogging tak habis lagi nak ajak minum. sabar yer. jap lagi habis jogging kita pi minum.
|
Amaran. Jangan main main. kene tangkap tanggung sendiri |
Masa jalan pergi tu rasa macam tak jauh. bila dah sampai ke penghujung tu nak patah balik, matahari dah mula terik. time tu wafiy pulak dah start nangis2. mungkin dah tak selesa kot. Sian atuk kena dukung wafiy. ayah dan ibu pun dah sakit2 lutut hahaha. maklum la dah lama tak jogging. bila dah nampak tempat permulaan tu semangat lah jalan nak laju balik. sebab dah nak sampai hehe . jauh rupanya. 1 jam 15 minit baru habis jogging. ( tak lari pun. jalan jer) . lepas pack2 barang. simpan stroller semua. kami pun balik.
|
Wafiy tersengeh . tapi mata tertutup. |
Singgah makan di restoran baru di jenderam ( lupa nama restoran tu). Ibu makan nasi lemak, ayah makan nasi goreng kicap, wan dan atuk makan roti canai. time tu alang,cik yang, kakak ann, hakimi , daniel dan nadirah pun ada. semua makan sama. wafiy minum air laici. sambil2 tu wafiy curi skit makanan orang lain heheh .. Terima kasih atuk belanja kami makan.
Selesai jer makan. atuk pun hantar kami balik. baru jer habis jogging. tapi lepas tu isi balik perut. heheh diet apa mcm ni hahaha.
|
Putrajaya.Pusat pentadbiran Malaysia semenjak 1999 |
|
Sengeh jer wafiy. minum minum minum |
|
Tasik Empangan Putrajaya. |
|
Boat boat berlabuh di jeti pusat aquatik presint 6 |
|
Hotel Pullman, senibina yg menarik. |
|
Hujan malam sebelumnya menyebabkan semua kawasan jogging basah. |
|
Confused kejap. bagan lalang ke putrajaya ni ? hehe |
|
Pentas aquatik dan watch tower |
|
Watch tower menghadap tasik. |
|
Atuk dan wafiy. tak boleh dipisahkan |
|
Sampai di pengujung jogging. gambar diambil semasa berehat. |
0 ulasan:
Catat Ulasan