Pages

Isnin, 3 Disember 2012

Incubator anda gagal? jom cari penyelesaian



Jangan berduka sekiranya anda gagal. Cari penyelesaian dan cuba lagi.

Berikut adalah Tips2 Mengatasi Masalah Incubator anda
   
Jumlah penetasan telur yg rendah amat mendukacitakan para penternak dan pegendali incubator. Kejadian ini berkaitan dengan banyak faktor. Antara Faktor Faktor yg sering terlibat adalah seperti di bawah.

Mengumpul maklumat yg banyak  bagi setiap penetasan ( sama ada berjaya atau tidak) supaya setiap masalah boleh dianalisis secara terperinci kelak adalah sangat penting. Pastikan anda menyimpan rekod suhu,berat telur, konfigurasi incubator, tarikh menetas, kehilangan berat telur dari masa ke semasa, dan kondisi anak puyuh yg menetas. gunakan alat menyuluh atau pecahkan telur yg tidak menetas untuk rekod  data pembesaran embrio dalam telur bagi tempoh penetasan.

Beberapa panduan yg boleh dipraktikkan.


Melalui pemantauan

Masalah 1: tiada penetasan. tiada tanda perkembangan embrio.

Kemungkinan: Telur tiada benih, Jangkitan Kuman, konfigurasi incubator yg terlampau silap, kelemahan baka.

Penyelesaian: Lihat sama ada telur2 lain menetas dengan normal atau tidak, Jalankan penyuluhan bagi mengenal pasti telur mempunyai benih. Sembur incubatar dengan disinfeksi ( alcohol ) dan biar kering sebelum telur2 dimasukkan. pastikan konfigurasi incubator adalah baik. pastikan suhu adalah menepati keperluan telur yg ingin di tetaskan.


Masalah 2: Tiada penetasan. Embrio mati awal sebelum menetas

Kemungkinan: Jangkitan Kuman, ganguan electrik pada incubator, kesalahan konfigurasi suhu incubator.

Penyelesaian: Sterilkan incubator anda, Pastikan bekalan electik di tempat incubator adalah baik. ubah incubator pada tempat yg lebih stabil sekiranya masalah gangguan elektrik sering berlaku.


Masalah 3: Kematian tinggi pada embrio yg hampir menetas

Kemungkinan: Kesalahan penetapan humidity (kelembapan) kemungkinan terlampau tinggi.

Penyelesaian: Kurangkan kadar humidity (kelembapan) dalam incubator.



Masalah 4: Anak Puyuh menetas lebih awal dari yg dijangkakan (lebih awal dari 17-18 hari), Kecacatan anak puyuh

Kemungkinan: Kepanasan Incubator terlalu tinggi.

Penyelesaian: Kurangkan kepanasan incubator sedikit. (-0.5°C)



Masalah 5: Anak puyuh menetas lambat ( lebih dari 18 hari)

Kemungkinan: Suhu Incubator terlampau rendah. Telur yg disimpan terlalu lama sebelum cuba di tetaskan.

Penyelesaian: tambahkan suhu incubator (+0.5°C). Kurangkan tempoh menyimpan telur sebelum ditetas.




Masalah 6: tempoh Penetasan yg tidak konsisten antara telur-telur.

Kemungkinan: Tempoh penetasan yg berlainan akibat dari tempoh simpanan telur2 yg tidak sama. Masalah suhu yg tidak konsisten dalam bahagian incubator. contoh kiri lebih panas dari kanan. atas lebih sejuk dari bawah.

Penyelesaian: seragamkan tempoh simpanan telur yg ingin ditetaskan. telur yg lebih 1 minggu mempunyai kadar kematian@kecacatan yg tinggi. siasat variasi suhu dalam incubator. ubah kedudukan penghangat ( mentol) dan kipas jika perlu. elakkan incubator dari terkena sumber suhu atau nyah suhu lain seperti sinaran matahari, alat electronic yg mengeluarkan haba seperti peti ais, tv, atau berada ditempat yg berangin dan berhawa dingin (bawah aircond).

Masalah 7: Secara amnya hasil penetasan yg tidak memuaskan.
Kemungkinan: setting incubator yg salah . baka telur yg tidak sihat ( ibu dan ayah puyuh yg sakit ) . kurang menggolekkan telur.


3 faktor utama incubator adalah suhu, kelembapan dan peredaran udara ( supaya telur boleh bernafas ). letakkan thermometer hampir pada telur bagi mendapatkan suhu yg telur terima dari incubator adalah cukup atau tidak? pastikan kelembapan incubator adalah antara 50-60%. pastikan kehilangan berat telur adalah mengikut peringkat yg betul. terlalu cepat ( humidity terlampau rendah). terlalu lambat (humidity terlalu tinggi). pastikan telur digolek sekurang2nya 2 kali sehari. paling ideal adalah 5 kali sehari atau 5 jam sehari.



Seperti yg anda telah baca diatas, simptom2 yg disenaraikan adalah berpunca dari beberapa masalah yg berhubung kait antara satu sama lain


Suhu -  Sentiasa ikut tips dari pembuat incubator. selalunya pembuat incubator telah bersusah payah melakukan kajian menyeluruh bagi incubator mereka . jadi mereka lebih arif dengan pengunaan incubator yg anda perolehi dari mereka. jangan segan bertanya. namun tidak salah sekiranya anda menimba ilmu di internet serta bertukar tukar pandangan. jika merasa sangsi dengan suhu incubator, dapatkan thermometer lain sebagai tolok bandingan.

Infeksi - Selalunya terjadi pada penetas yg telah berjaya sebelum ini, namun kali ke dua dan ketiga tidak berjaya. ini kerana setiap kali penetasan selesai, incubator anda perlu dibersihkan sebelum menerima telur telur baru. bakteria mungkin telah menetap didalam incubator akibat penetasan tempohari yg tidak dibersihkan. Sembur disinfeksi di bahagian incubator . pastikan tidak terkena pada wayar atau mentol.

Kelembapan - Dapatkan penimbang digital bersaiz kecil. kemudian bandingkan berat telur pada awal penetasan hingga penghujung. selalunya pengurangan berat yg ideal adalah antara 13 - 15%. jika tidak mencapai peratus, kurangkan air. Jika terlalu kurang berat telur, lebihkan air.



Selalunya apabila penetasan tidak berjaya walaupun setelah cubaan berkali2, teknik penetasan atau pun incubator yg digunakan adalah tidak sesuai. Pastikan anda memastikan sumber telur yg diperolehi adalah baik, anda perlu mendapatkan sumber telur dari ibu dan ayah puyuh yg sihat dan tidak terlalu muda atau terlalu tua.



Suhu yg disyorkan.
   

   
Incubator Forced Air (udara panas dihala ke telur)
   
Ayam  37.5°C              21 hari
Merak 37.5°C              24 hari
Puyuh 37.5°C              17-18 hari
Itik Nila/Serati 37.5°C   28 hari
Itik Air 37.5°C           28 - 32 hari
Angsa 37.5°C              30 - 32 hari


Incubator Still Air (Udara kurang bergerak @ tidak bergerak )
Ayam  39.2°C              21 hari
Merak 39.5°C              24 hari
Puyuh 39.2°C              17-18 hari
Itik Nila/Serati 39.0°C   28 hari
Itik Air 39.0°C           28 - 32 hari
Angsa 39.0°C              30 - 32 hari


* Menetas angsa adalah sedikit susah. cara terbaik adalah mengunakan ibu tumpangan ( tumpang ibu itik yg sedang mengeram dalam tempoh 10 hari) sebelum memindahkan kedalam incubator. Usah bersedih sekiranya anda tidak berjaya. Pengendali incubator lebih 10 tahun pun kadang2 gagal. Kesabaran adalah tunggak kejayaan.Selamat mencuba.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)2009 .. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger

Related Posts with Thumbnails