Pages

Khamis, 27 Disember 2012

punca kenapa korang makan banyak kali...



korang pernah tak alami keadaan dimana korang baru je lepas makan tetapi cepat rasa lapar balik... ini akan membuatkan korang untuk makan banyak kali....ianya tidak baik untuk penjagaan kesihatan dan juga boleh menyebabkan penambahan berat badan dan kegemukkan....

korang tau tak, ape punca yang menyebabkan korang nak makan banyak kali?

  • minum terlalu banyak minuman manis...hasil daripada kajian oleh University of California di San fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh menipu otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak....ia menghalang hormon Leptin daripada memberitahu otak bahawa korang telah pun mendapat makanan yang secukupnya... jadi ini yang menyebabkan korang cenderung untuk makan lagi walaupun baru sahaja lepas makan.

  • makan makanan dalam tin...
    makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon Leptin seseorang...ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti...

  • sarapan pagi yang tidak mencukupi...
    hasil kajian terhadap 6,746 orang yang dijalankan selama 4 tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil sarapan yang mengandungi 300 kalori pada waktu pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak 2 kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori...ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari...

  • tidak makan sayur-sayuran...
    khasiat didalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan korang daripada makan banyak kali dan makan lebih banyak....

  • tidak minum teh kurang gula...
    hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan korang daripada makan banyak kali...

  • kurang minum air masak...
    tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang...sebaiknya, sebelum korang makan, minumlah air masak terlebih dahulu...

  • kebosanan...
    hasil daripada kajian penyelidik dari Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak...jadi isi lah masa terluang korang dengan aktiviti yang berfaedah...jangan biarkan diri korang kebosanan seterusnya korang cenderung untuk makan banyak...


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)2009 .. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger

Related Posts with Thumbnails