assalamualaikum semua...entry kali ni ibu nak kongsi info berkaitan tajuk yang ibu tulis kat atas ni...macam yang kita tau, incubator sebenarnye dibuat adalah untuk gantikan ibu ayam yang mana manusia mengambil keputusan utk meniru 100% sistem
dan keadaan ketika telur dieram oleh ibu ayam tersebut. Antara perkara-perkara
yg berjaya ditiru adalah :
- suhu badan eraman ibu ayam - di ganti dengan pemasangan heater/pemanas
cthnya mentol @ heater coil dgn kawalan dr thermostat samada digital atau biasa,
bg ayam suhu maksimum diset kepada 38-39 darjah Celcius.
-
kelembapan sekitar telur – apabila heater dipasang, kelembapan udara di dlm
kotak inkubator akan berkurang disbbkan proses pemanasan, oleh itu satu bekas
air perlu diletakkan dlm kotak inkubator bg menyediakan lembapan yg sesuai
contohnya 55-65% bg eraman telur ayam.
- pengudaraan – lubang-lubang kecil disediakan pada inkubator bg memastikan
udara sentiasa beredar dlm inkubator ini termasuklah memasang blower atau kopas
kecil bertujuan menyeragamkan suhu pada segenap penjuru inkubator. Ibu ayam
biasanya akan mengangkat badannya bg memberikan pengudaraan yg baik utk telur,
perkara ini juga dilakukan bg tujuan mengawal suhu dan kelembapan.
- memutar telur – inkubator manual biasanya memerlukan bantuan pengguna dlm membuat putaran telur manakal bg inkubator automatic pula, ia telah disetkan utk memutarkan telur selang beberapa jam atau beberapa kali dlm sehari. Bg kebanyakan pengguna dan pembuat inkubator, mereka berusaha utk memutarkan telur kepada 180 darjah atau paling kurang 90 darjah. Namun begitu jika kita lihat sifat ibu ayam semasa mengeramkan telur tersebut, ia tidak pula mengalihkan telur-telurnya mengikut sudut-sudut tersebut, kenapa ? Ini kerana, tujuan memutarkan telur telah disalahertikan oleh segelintir dr kita. Mereka menyangkakan bahawa telur perlu diputar utk memastikan semua permukaan kulit telur menerima suhu yg sama pada setiap masa. Ini adalah salah faham sebenarnya, tujuan telur diputar adalah bg mengelakkan embrio melekat pada permukaan membran (selaput) kulit telur, sifat embrio adalah sentiasa mencari haba, oleh itu ia akan bergerak ke bahagian kulit yg menerima haba, jika haba terlalu panas ia akan menjauhi permukaan kulit telur dan berada ditengah-tengah telur, jika haba yg diterima kurang maka ia akan mendekati kulit telur dan jika ia berada terlalu hampir dan terlalu lama pada permukaan kulit telur, ia akan melekat pada membran dan seterusnya mati. Ini kemudiannya menghasilkan telur tembelang. Ibu ayam hanya menggerakkan telur-telurnya beberapa kali setiap hari, cukup sekadar telur tersebut bergoyg kerana gerakan ini akan mengelakkan embrio melekat lalu mati. Jadi utk menghasilkan inkubator automatik yg baik, cuba kerapkan gerakan atau goyangan dan tidak perlu bersusah payah menghasilkan kedudukan yg tersusun dgn darjah tertentu kerana ini akan memakan kos yg tinggi.
tu je sedikit info yang boleh dikongsi...selamat berjaya..sekian...babai...
0 ulasan:
Catat Ulasan