ibu ade jumpa info pasal cara nak tingkatkan peratusan benih dalam telur...tapi yang diceritakan adalah ayam....kalau puyuh tu bolehlah nak guna mane2 info yang sesuai...hehe...
seekor ibu ayam yang sedang galak bertelur mampu menampung benih jantan
dari sekali panjat selama 5-7 kali bertelur...maknenye kalau
telur yang dihasilkan langsung tiada benih, sistem reban adalah gagal
intuk mewujudkan persekitaran sesuai untuk proses mengawan berlaku.
kat bawah ni ade cara untuk meningkatkan peratus benih dalam telur adalah seperti berikut:
kat bawah ni ade cara untuk meningkatkan peratus benih dalam telur adalah seperti berikut:
- pastikan bilangan jantan sesuai dengan sibetina...jumlah kesesuaian ini
bergantung kepada set up reban anda dan kekuatan induk jantan anda...
- pastikan sijantan mampu mencapai sibetina dimana sijantan mempunyai
peluang untuk memanjat sibetina walaupun sibetina tidak mahu...
- sibetina yang sedang galak mengeram perlu diasingkan kerana sekiranya
dicampurkan dengan betina lain, betina lain takut untuk melakukan
aktiviti harian kerana biasanya sibetina giler mengeram tadi lebih
garang dan mempertahankan kawasannya...
- sijantan perlu
dikekang untuk bersabung atau berebut betina kerana proses mengawan
mudah terganggu sekiranya serangan atau perebutan berlaku...kadangkala
kita perhatikan tugasan ini iaitu memasukkan benih jantan gagal
dimasukkan ke vent betina kerana terganggu dari kedudukannya semasa
mengawan...
- kawasan yang dikhaskan untuk aktiviti mengawan
perlulah kecil atau tidak terlalu besar bagi memudahkan sijantan
mengapai sebetina...keluasan yang besar menyebabkan sibetina boleh
memilih untuk melarikan diri dari mengawan...
- pastikan sijantan
anda memepunyai sperma yang baik untuk menjadi jantan pilihan...cara
paling mudah untuk anda mengetahuinya tanpa membawa sampel benih ke lab
atau makmal, anda menandakan dan membuat rekod jumlah anak ayam yang
berjaya ditetaskan hasil dari baka ini...sekiranya peratusannya sangat
kurang dan tidak berjaya, anda perlu mengantikanya dengan induk yang
lain...untuk melakukan tugasan seperti ini, anda perlu mencipta sistem
anda sendiri mengikut kesesuaian reban anda...
- anda perlu
menjaga pemakanan induk dan memberi makan mengikut masa biasa yang telah
anda tentukan...makanan yang diberikan seharusnya cukup dari segi
nutrisi iaitu kandungan protien dan sebagainya bagi memberi tenaga dan
baka yang baik...
- elakkan menggunakan ubat pengalak atau
penggalak telur untuk ayam kampung kerana sistem tercirit telur akan
berlaku...perkara ini adalah dari segi pengalaman dengan
menggunakan ubat penggalak...simtomnya, sibetina tidak tahu yang badannya
telah mengelurkan telur kerana gangguan ubat dan menyebabkan terlepas
atau terkeluar telur merata2 seperti tercirit...si ibu juga enggan
mengawan kerana badannya menentang proses tersebut kerana tidak berada
dalam keadaan gairah...
- pastikan tiada gangguan luar semasa
ayam berada dalam reban pengeluaran telur seperti gangguan ayam jantan
lain atau pemangsa..
- menambah makanan berunsur kalsium semasa ayam galak bertelur untuk menambah unsur kalsium pada induk...kekurangan kalsium dalam diet makanan ayam setiap hari akan mendatangkan penyakit kulit telur nipis atau sindrom tiada kulit di telur.
0 ulasan:
Catat Ulasan