Kita menghabiskan purata 20% dari hidup berada dalam status perjalanan. Sama ada kita penumpang atau pun pemandu, 10 Tips ini boleh dipraktikan atau sebagai nasihat kepada pemandu2 kita. Jom kita belajar cara lebih selamat ketika memandu.
Pemandu mabuk tidak dapat menganggar jarak dan objek dengan baik Click "baca lagi" dibawah untuk mengetahui lebih lanjut. |
1. Arak.
Kita sedia maklum. arak adalah pembunuh utama jalan raya di seluruh dunia. hampir 65% kemalangan jalanraya di dunia adalah akibat dari pengambilan minuman beralcohol berlebihan dari kadar yg ditetapkan. Malah Islam melarang pengambilan arak (haram) kerana memudaratkan. Seorang pemandu yg dipengaruhi oleh alcohol akan mengambil masa lebih dari 3- 5 saat untuk bertindak dari biasa. Jadi jangan minum arak. anda bukan sahaja selamat di jalan raya, malah di dunia dan akhirat :)
2. Penjagaan kenderaan
Menjaga kenderaan anda dengan baik dapat mengurangkan risiko kenderaan anda rosak pada saat saat kritikal. Contohnya brake kereta yg berfungsi dengan baik, enjin, suspensi an juga driveshaft. Bayangkan kereta anda dalam saat saat kiritikal perlu diberhentikan dengan segera, namun brake anda gagal berfungsi. Malang tak berbau. tetapi jika anda kedekut untuk maintenance kenderaan anda, jangan merungut sekiranya anda terpaksa membayar lebih bila ia rosak di tengah2 perjalanan. Percayalah, Ia tidak berbaloi. terutama sekali bila anda kehilangan orang yg tersayang akibat dari kebakhilan anda.
memandu laju tidak menjamin anda sampai ke destinasi dengan cepat. |
3. Jangan bawa laju.
Secara purata otak manusia boleh memprocess antara 7/10 saat pergerakkan input visual dari mata. Namun otot kita memerlukan antara 500/1000 saat untuk tindak balas informasi visual tersebut. Jadi jangan bawa laju. kerana walaupun otak anda cepat untuk memprocess data, namun Otot anda tidak secepat otak. mengikut kajian , para penguna yg selalu bermain game berbentuk aksi yg laju dapat mengurangkan masa process dan tindak balas. tapi ini tidak menjamin anda akan lebih cekap memandu. Pandulah dengan kelajuan yg ditetapkan. tidak guna bawa laju tapi tak sampai ke destinasi. anda mungkin dikira bertuah jika sampai ke hospital. jangan tak sampai langsung sudah lah :)
4. Jangan rapat dengan kenderaan di depan.
Memang benar, di zaman sekarang, dimana kebanyakkan penguna jalanraya adalah orang orang yg tidak dididik dengan betul dalam keselamatan jalanraya mempunyai sikap yg amat menyedihkan bila kita membiarkan ruang jarak antara kenderaan kita dengan kenderaan hadapan . selalunya orng sebegini merasakan kita memang sengaja nak kasi ruang tu kepada mereka. lalu dengan tidak segan silu mereka menyelit dan menghimpit. tetapi ketahuilah. lebih baik mengalah, dari menghadapi situasi dimana anda terpaksa berhenti ke tepi dan berbincang dengan orang tadi yg baru saja terlanggar kereta anda (akibat dari tindakan anda tidak mahu beralah). gunakan peraturan jarak "3 saat" semasa memandu untuk menggangar jarak antara kereta anda dengan kenderaan hadapan. sekiranya anda berkesempatan, cari jalan yg sunyi dan lurus, kemudian bawa kenderaan pada kelajuan tertentu. dan cuba berhentikan kerata anda pada kelajuan tersebut. lihat jarak yg diperlukan untuk memberhentikan kereta anda sepenuhnya. anda mesti tak mahu berada dalam situasi dimana kereta anda telah terlanggar kereta hadapan kerata terlampau hampir dan tiada ruang untuk kereta anda berhenti dengan selamat.
5.Rehat dengan cukup.
Memandu dalam keadaan mengantuk atau tersengguk2 adalah sama bahaya dengan pemandu mabuk. Berhentilah ditempat yg selamat. tidur 1/2jam pun tak mengapa. apalah sangat beza 1/2jam lambaat ke destinasi dengan lambat yg tidak sampai2 :) Pemandu yg penat bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah membahayakan diri penguna jalanraya lain. tiada minuman atau pun suppliment yg lebih baik dari tidur. pastikan anda mendapatkan tidur secukupnya sebelum memulakan pemanduan.
6.Gunakan Lorong yg betul.
Kesilapan yg paling kerap dilakukan oleh pemandu Malaysia. mengunakan lorong yg salah ketika memandu. menyusur ke simpang secara mengejut kerana berada di lorong yg paling kanan amat membahayakan.Memandu terlampau laju atau terlampau perlahan dilorong yg salah. memotong kenderaan dari lorong kiri , berhenti di lorong kecemasan tanpa amaran atau lampu kecemasan dan memotong dilorong yg berliku ( double line). Kita sering melihat orang melakukan kelakuan seperti ini. tetapi kita lupa , kita pun selalu buat kesalahan2 ini kan ? jadi sebelum nak betulkan orng lain, eloklah betulkan diri sendiri.
Awas. Tayar kenderaan berat mempunyai tekanan tinggi yg boleh meletup |
7.Elakkan dari memandu berhampiran kenderaan berat.
Kenderaan berat memgambil masa yg lama untuk berhenti. Kenderaan berat menghadapi masalah apabila menuruni jalan curam atau mendaki bukit. kenderaan berat di Malaysia sering mengunakan tayar celup ( yg mudah tercabut bunganya). tahukah anda purata tekanan PSI dalam tayar kenderaaan berat seperti treller, lori dan bas mampu memecahkan tingkap kereta anda sekiranya kenderaan anda berada bersebelahan dari tayar mereka ? Jadi mengapa perlu ambil risiko? jika mampu, potong lah mereka. jika tidak. jauhkan diri.
Kereta yg dipandu laju dikawasan basah boleh meluncur diatas air (hydroplane) |
8.Memandu dalam keadaan basah/hujan.
Jika anda mampu berhati2 setika berada dikawasan basah seperti dapur dan tandas, gunakan cara berhati2 tersebut di jalanraya. Memandu didalam hujan memerlukan konsentrasi yg lebih.gunakan gear rendah ketika mengharungi banjir yg tidak dalam. jarakkan kereta anda dari kereta hadapan setika hendak mengharungi air. ini bagi mengelakkan kereta anda berhenti mendadak didalam lopak air yg dalam ( menyebabkan engin dimasuki air dan berhenti). tunggu hingga kereta hadapan berjaya mengharungi , kemudian baru giliran anda. secara tidak langsung, anda dapat mengagak kedalaman air tersebut sebelum melakukan harungan dengan kenderaan. Tayar kereta yg botak atau bunga yg telah keras boleh menyebabkan kereta anda mengelungsur kerana tiada cengkaman. memandu laju ke lopak air juga boleh menyebabkan kenderaan anda meluncur di permukaan air (hydroplane) dan hilang kawalan. Pastikan cermin kereta anda bersih dan wiper kereta berada dalam keadaan baik. Sekiranya perlu, sapukan pekatan anti hujan di cermin bagi memudahkan cermin kereta anda mengekang air dari berkumpul.
Jangan anggap anda sorang sahaja yg mampu marah. orang lain pun boleh. |
9. Memandu dalam keadaan emosi yg tidak stabil.
Memandu dalam keadaan marah, terlampau sedih, terlampau gembira, terlampau takut dan segala bentuk terlampau adalah ditegah. Kalau marah sangat, berhenti kejap kat tepi gerai jual air. minum air sejuk. istigfar banyak2. Insyallah ok. Kalau sedih suruh lah orang lain memandu. kalau gembira sangat try la ingat perkara yg sedih2. baru la hilang skit gembira tu. kalau takut sangat baik naik bas jer. tak payah la memandu. Buang karan je
10. Patuhi peraturan lalu lintas.
Jangan melanggar lampu isyarat. Jangan melanggar had laju. Jangan memotong di tempat yg dilarang. Jangan memandu terlampau perlahan. Jangan angkuh dan merasa diri sebagai jaguh jalanan. Berlumba di jalanraya tidak memberikan faedah . malah kos nya amat tinggi. Hormati penguna jalanraya lain. Sekiranya penguna jalanraya lain tidak menghormati anda, dia hanyalah segelintir pemandu dari ramai pemandu yg mematuhi jalanraya. Laporkan pemanduan merbahaya pada pihak berkuasa. Anda mungkin dapat menyelamatkan orang begini dari mencederakan orang yg anda sayang kelak tanpa anda sedari.
ps: Pemandu kereta yg tidak pernah menunggang motorsikal didapati tidak menghormati penguna motorsikal dengan sepatutnya. untuk memahami bagaimana keadaan seorang pemandu motosikal, anda disarankan menjadi penguna motosikal. kemudian tanya pada diri anda, apa jadi sekiranya orang lain memandu kenderaan melakukan perbuatan yg sama tidak mengendahkan keselamatan anda (semasa anda menaiki motosikal). mesti cuak kan ? ha so kesian la skit kat orang yg bawak motosikal. depa pun ada orang yg tersayang dok tunggu kat rumah.
0 ulasan:
Catat Ulasan