Pages

Khamis, 30 Oktober 2014

Allah selamatkan kamu

3 tahun dah. dah besar dah anak ayah dan ibu ni. masih teringat dulu2 wafiy dok menari terkepak2 dengar lagu gummi bear. masih teringat wafiy susah tido malam2. kene dodoi sampai 1 jam. tapi semua tu dah berlalu. skang wafiy dah boleh buat banyak benda. cakap pun dah penuh. tak pelat. wafiy dah tinggi. baju pun semua dah singkat2. pejam celik pejam celik. rupa2nya dah 3 tahun dah wafiy. lagi 3 tahun dah tadika. haih kejap je masa berlalu hehe.

skang ABC dan 123 dah penuh. kadang sampai nombor 20 pun dah boleh kira. baju nak pilih sendiri. lepas tu sekarang jarang bersependapat dengan ayah dan ibu dalam apa2 hal. mesti wafiy cakap " bukan laaaa .. ". tu makna dia wafiy ada pendapat lain la tu hehe.

berat masih sama. 9.5 - 9.6kg wafiy sebelum2 ni tak berapa sihat. asyik demam je . selera makan pun takde. tapi skang dah ok. selera makan dah ada balik. alhamdulillah. ada peningkatan lah. tapi berat je tak meningkat lagi.

rambut wafiy pun dah panjang. skit2 mesti nak sikat macam elsa ( katun FROZEN ) tu. boleh la tengok skali skala wafiy berangan jadi elsa. kalau nyanyi lagu FROZEN tu sampai mata2 pun feeling skali. hahaha

wafiy skang kalau main mainan. kalau dah habis main, wafiy boleh gak la kemas skali. dulu2 kalau main wafiy tinggal je . sekarang ada initiative gak lah nak kemas balik. walaupun pada awalnya terpaksa suruh. skang dah ada peningkatan.

wafiy suka minum milo. macam ayah gak hehe. kita geng la wafiy . celet skit.wafiy boleh letup2kan jari kaki macam ibu. ayah tak boleh. bab ni wafiy ikut ibu.

berikut adalah beberapa gambar terbaru wafiy menjelang umur 3 tahun.

jom saksikan

wafiy makan atas meja besday

tengok video telur sampai tertido

besday present dari ibu dan ayah

model tilam terbaru

jamuan di ambang besday

muslimah alaf baru

wafiy dan "air kecik" nya

besday kek wafiy . buat sendiri ni

peace yoo

wafiy dan wan raya korban 2014

hamboi. mintak skit

wafiy dan baby bussss

macam signal nak tumpang je.

Sabtu, 11 Oktober 2014

# bajet 2015...



ringkasan bajet 2015 yang dibentangkan oleh PM semalam...kat sini ibu hanya letakkan bajet yang berkaitan ngan keje ibu jer...wat nota untuk rujukan nnt...kalau nak tau yang selebihnyer kene google lah eik...

a) Elaun modal bagi peningkatan Proses Automasi oleh Industri Berintensif Buruh

Kerajaan akan menyediakan insentif elaun modal perbelanjaan automasi untuk menggalakkan proses automasi sektor perkilangan mengikut kategori berikut:

• Kategori Pertama, iaitu untuk industri yang mempunyai kebergantungan buruh yang tinggi seperti industri produk getah, plastik, kayu, perabot dan tekstil. Insentif yang ditawarkan adalah elaun modal perbelanjaan automasi sebanyak 200 peratus ke atas 4 juta ringgit perbelanjaan pertama. Insentif ini adalah bagi tempoh 2015 hingga 2017; dan
• Kategori Kedua iaitu untuk industri-industri yang lain. Insentif yang ditawarkan adalah elaun modal perbelanjaan automasi sebanyak 200 peratus ke atas 2 juta ringgit perbelanjaan modal pertama. Insentif ini adalah bagi tempoh 2015 hingga 2020.

b) Cukai pendapatan tahun taksiran 2015

• Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan. Melalui langkah ini, seramai 300 ribu orang yang kini membayar cukai pendapatan tidak lagi perlu membayar.
• Manakala, golongan berkeluarga yang berpendapatan empat ribu ringgit sebulan tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.
• Cukai pendapatan individu juga akan distruktur semula di mana pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi 100 ribu ringgit kepada melebihi 400 ribu ringgit. Kadar cukai maksimum yang kini 26 peratus pula, dikurangkan kepada 24 peratus, 24.5 peratus dan 25 peratus. Justeru, pembayar cukai akan menikmati penjimatan bayaran cukai sekurang-kurangnya sebanyak 5.3 peratus.
• Kadar cukai pendapatan koperasi juga dikurangkan satu hingga dua mata peratusan. 
• Yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai juga dibenarkan potongan cukai.

c) Cukai pendapatan tahun taksiran 2016

• Kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus.
• Kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan satu mata peratusan daripada 20 peratus kepada 19 peratus.

d) Galakan cukai 2 kali
 
Sebagai dorongan kepada syarikat swasta pula, Kerajaan mencadangkan galakan cukai sedia ada ditambahbaik seperti berikut:

Pertama: Potongan dua kali bagi maksud pengiraan cukai pendapatan diperluaskan kepada biasiswa untuk pelajar di peringkat pengajian pensijilan vokasional dan teknik;

Kedua: Potongan dua kali bagi maksud pengiraan cukai pendapatan ke atas perbelanjaan syarikat dalam melaksanakan program internship berstruktur di peringkat diploma dan vokasional; dan

Ketiga: Potongan tambahan bagi maksud pengiraan cukai pendapatan diberi ke atas perbelanjaan latihan yang ditanggung oleh majikan bagi pekerja untuk mendapatkan sijil dan kelayakan profesional yang diiktiraf.

e) Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

• Dalam usaha menggalakkan peminjam membuat bayaran balik, Kerajaan mencadangkan supaya 10 peratus rebat diberikan sekiranya peminjam membuat bayaran balik pinjaman secara berterusan selama 12 bulan sehingga 31 Disember 2015. 
• Sebagai tambahan, tawaran diskaun 20 peratus diberikan kepada peminjam yang membuat penyelesaian secara sekali gus atau lump sum mulai hari ini sehingga 31 Mac 2015.
• Sejak tahun 2005, golongan berpendapatan tidak melebihi 2,000 ringgit sebulan, yang menyimpan di dalam SSPN-i, telah menikmati pemberian geran sepadan. Justeru, bagi menggalakkan lebih ramai ibu bapa menjadi pendeposit untuk menikmati geran sepadan ini, Kerajaan mencadangkan supaya had pendapatan isi rumah pencarum dinaikkan kepada tidak melebihi 4,000 ringgit sebulan.

f) Golongan OKU

• Menaikkan pelepasan cukai bagi anak yang OKU daripada RM5,000 kepada RM6,000. Nilai pelepasan cukai yang sama turut diberikan bagi pembelian peralatan sokongan asas bagi diri sendiri, pasangan, anak dan ibu bapa OKU.


tu je setakat ni yang dapat ibu ringkaskan...


Rabu, 8 Oktober 2014

kisah motor ayah...


ayah dari sebelum kahwin ngan ibu lg dah pakai motor jenis nouvo s...motor tu ayah bli dari tok mior dulu...pas jual motor nouvo s tu pada ayah, tok mior bli lak motor nouvo lc...dalam awal tahun ni tok mior nak jual lak motor nouvo lc tu sbb dah tak guna motor dah...

nak jadikan cite, dalam awal bulan 9 aritu, ibu ayah & wafiy g lah umah tok mior kat klang...tgk2 motor tu tak jual lagi...jadinye ayah deal lah ngan tok mior nak bli motor tu & tok mior pun setuju lah...tapi nak bawak balik terus xleh lagi sbb motor tu dah lama tak jalan...kene g bawak g bengkel g servis dulu...

dalam seminggu pastu, pas tok mior dah repair motor tu...ibu ayah & wafiy pun ajak lak pak su g amek motor tu...pinjam unser pak long...seb baik unser tu leh muat motor tu...time kasih mak long & pak long sbb bg pinjam unser tu :D....time kasih gak kat pak su sebab tolong bawak ibu ayah g sane naik unser tu...ibu xreti nak bawak unser tu :p...

pas dah settle sume part amek motor nouvo lc...skang part motor nouvo s ayah lak...ayah cadang nak letak kat umah ipoh...leh gak atuk bawak2 g surau...atuk sakit2 kaki xleh nak pakai motor manual biase...pakai skuter senang sikit....bile2 balik ipoh leh gak ibu ayah round2 naik motor tu :D...

part nak bawak balik kg tu kene tunggu pak lang & pak su kalau ade turun KLIA bawak lori....dalam seminggu lebih pastu pak su call ade turun KLIA, leh lah tumpang lori bawak balik motor tu balik ipoh....time kasih pak su & pak lang....

dah settle pun part motor ayah tu...skang atuk pun dah guna dah motor tu...bawak g surau...bawak g kedai dekat2...xyah dah nak naik kete nak g dekat2...naik motor je...jimat dah minyak :D

kecik lagi wafiy time amek gambar ni...




mekap bagi lawa dulu sebelum hantar ke ipoh...
wafiy tengah berangan...
posing dulu....
angkut motor naik lori....
die pun sibuk nak naik lori gak...
atuk posing ngan motor baru mase baru dapat....
leh lah atuk bawak g surau & kedai...
parking dalam unser...
seb baik muat motor tu dalam unser...

tu je lah cite pasal motor ayah...gambar motor tu mase dah sampai kat umah bbst xamek lak...hehe...k lah...jumpa kat entry yg lain...bye...sekian...

Selasa, 7 Oktober 2014

balik kampung hari raya aidiladha...


ibu ayah & wafiy balik ke kampung kat ipoh tu mase hari jumaat pas ibu balik keje...plan nyer nak balik pas maghrib sbb takut lewat sampai ipoh...pak long mak long & pak su lak bertolak lewat sikit...pastu dengar2 jem teruk lak...jdnyer gerak skali ngan pak long mak long & pak su lah...lewat gak gerak...dalam kol 9.30 malam....

nasib baiklah...jalan dah clear dah mase tu...ikut jalan ikut waze...sampai je kat behrang...waze suh ikut jalan dalam sebab jem...pastu masuk balik highway ikut waze....alhamdulillah...jalan xjem sgt...sikit2 tu ade lah...sampai lewat gak kat ipoh...kol 2 pagi lebih baru sampai...hehe...

ari sabtu tu xg mane2 pun...pagi tido balik pas subuh sbb ngantuk smlmnyer sampai dah lewat...ptg tu ajak wan g mydin RTC bli barang sikit2....

ari ahadnyer lak pegi ke surau tempat org menyembelih...wafiy pun ikut skali sebab nak tengok lembu...xbanyak gambar dapat amek sbb ramai orang duk keliling lembu2 tu...dapat sikit2 je...

ari isnin dah balik bbst balik dah...jalan pun xjem :D...sampai je kat persimpangan KLIA, dengar kat radio kat simpang pulai dah start jem teruk...seb baik kluar umah awal :D...

ni je lah gambar2 yg dpt ibu amek mase gotong royong qurban kat surau tu...

 
 
 
 
 
 
 
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)2009 .. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger