Pages

Khamis, 30 Oktober 2014

Allah selamatkan kamu

3 tahun dah. dah besar dah anak ayah dan ibu ni. masih teringat dulu2 wafiy dok menari terkepak2 dengar lagu gummi bear. masih teringat wafiy susah tido malam2. kene dodoi sampai 1 jam. tapi semua tu dah berlalu. skang wafiy dah boleh buat banyak benda. cakap pun dah penuh. tak pelat. wafiy dah tinggi. baju pun semua dah singkat2. pejam celik pejam celik. rupa2nya dah 3 tahun dah wafiy. lagi 3 tahun dah tadika. haih kejap je masa berlalu hehe.

skang ABC dan 123 dah penuh. kadang sampai nombor 20 pun dah boleh kira. baju nak pilih sendiri. lepas tu sekarang jarang bersependapat dengan ayah dan ibu dalam apa2 hal. mesti wafiy cakap " bukan laaaa .. ". tu makna dia wafiy ada pendapat lain la tu hehe.

berat masih sama. 9.5 - 9.6kg wafiy sebelum2 ni tak berapa sihat. asyik demam je . selera makan pun takde. tapi skang dah ok. selera makan dah ada balik. alhamdulillah. ada peningkatan lah. tapi berat je tak meningkat lagi.

rambut wafiy pun dah panjang. skit2 mesti nak sikat macam elsa ( katun FROZEN ) tu. boleh la tengok skali skala wafiy berangan jadi elsa. kalau nyanyi lagu FROZEN tu sampai mata2 pun feeling skali. hahaha

wafiy skang kalau main mainan. kalau dah habis main, wafiy boleh gak la kemas skali. dulu2 kalau main wafiy tinggal je . sekarang ada initiative gak lah nak kemas balik. walaupun pada awalnya terpaksa suruh. skang dah ada peningkatan.

wafiy suka minum milo. macam ayah gak hehe. kita geng la wafiy . celet skit.wafiy boleh letup2kan jari kaki macam ibu. ayah tak boleh. bab ni wafiy ikut ibu.

berikut adalah beberapa gambar terbaru wafiy menjelang umur 3 tahun.

jom saksikan

wafiy makan atas meja besday

tengok video telur sampai tertido

besday present dari ibu dan ayah

model tilam terbaru

jamuan di ambang besday

muslimah alaf baru

wafiy dan "air kecik" nya

besday kek wafiy . buat sendiri ni

peace yoo

wafiy dan wan raya korban 2014

hamboi. mintak skit

wafiy dan baby bussss

macam signal nak tumpang je.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)2009 .. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger

Related Posts with Thumbnails