Pages

Isnin, 3 Disember 2012

kegunaan tulang sotong untuk budgie...


mase ayah beli si ''s2'' dulu, ayah ade bertanye gak ngan tuan kedai tu pasal tulang sotong...sebab slalu tengok orang yang bela budgie slalu akan letak tulang sotong tu dalam sangkar burung tu...korang tau tak ape tulang sotong tu??..ha bace kat bawah ni...

tulang sotong (cuttlebone) adalah salah satu bahagian dalam sotong...tulang sotong ini kaya dengan sumber kalsium, sodium klorida, kalsium fosfat dan garam magnesium yang boleh memberi kebaikan kepada burung dan ianya sumber yang amat penting dalam proses pembentukkan tulang dan telur, serta membantu dalam proses membina sistem saraf dan otot-otot....sumber kalsium ini amat penting untuk burung betina apabila ingin bertelur... komponen asas terkandung dalam tulang sotong terdiri daripada carbonate (85%)...ini adalah sumber utama yang terkandungan pada kulit telur dan ia dapat membantu pergerakkan telur yang baik keluar daripada rahim si ibu dan seterusnya membantu menguatkan cengkerang telur yang terbentuk bagi menjamin benih dan anak yang ada dalam telur sentiasa sihat. sumber kalsium ini juga dapat menyehatkan si ibu dan ayah kerana kandungan2 berzat yang terdapat didalamnya dalam mengelakkan pelbagai jenis penyakit kepada induk...jika sayang burung2 anda sila2 lah memberikan mereka tulang sotong ni....

ayah pun dah beli satu paket tulang sotong tu & dah letak dalam sangkat intel & s2...kadang2 nampak gak diorg gigit2 tulang sotong tu...bagus lah tu...baik untuk kesihatan...hehe...rupa tulang sotong tu cam gambar kat bawah ni...

tulang sotong...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)2009 .. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger

Related Posts with Thumbnails