Pages

Khamis, 20 Disember 2012

probiotik EM (effective microorganism)...




korang biasa minum yogurt, vitagen, yakult, ABC kultur tak?.....ini suma adalah ‘bakteria baik’ yang ada dalam minuman tersebut...kita tahu yang minuman ini bagus untuk sistem pencernaan kita dengan mengawal pertumbuhan ‘bakteria jahat’ dalam sistem pencernaan...kaedah ini digunakan pula pada sektor pertanian, perikanan dan penternakan bagi menghasilkan produk yang bermutu dan tiada kesan sampingan...penggunaan racun serangga, baja kimia, disinfektan dan antibiotik boleh tinggalkan kesan yang negetif pada pengguna seperti kanser dan pelbagai kompilasi lain...oleh itu EM digunakan pada semua sistem pengurusan projek...contohnya peternak kambing, EM ini boleh digunakan dari awal seperti disembur pada kandang, lantai, bumbung, tiang, dan kawasan sekeling...diberi minum, sembur pada kambing dan juga tahi @ tinja kambing...dengan hanya guna satu produk sahaja untuk semua pengurusan.....memang menguntungkan!!!

probiotik @ EM adalah supplement diet yang mengandung bakteria yang berguna dengan asid laktik bakteria (lactic acid bacteria – LAB) sebagai mikrob yang paling umum dipakai...LAB telah dipakai dalam industri makanan bertahun-tahun kerana mereka mampu untuk mengubah gula (termasuk laktosa) dan karbohidrat lain menjadi asid laktik...

probiotik @ EM bermaksud bakteria baik...maknenyer probiotik @ EM adalah kultur tunggal atau campuran dari mikroorganisme hidup yang apabila diberikan ke manusia atau ternakan akan berpengaruh baik kerana probiotik @ EM akan merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/bakteri jahat yang ada di usus manusia/ternakan....

kebaikkan EM adalah :-
  • menjimatkan kos ubatan dengan mengurangkan penggunaan antibiotik...
  • produk yang dihasilkan bebas daripada kesan-kesan sampingan...
  • produk yang mesra alam...
  • tingkatkan tumbesaran ternakan dan tanaman...
  • mudah digunakan...
  • menghilangkan bau ammonia...
  • megurangkan pembiakan lalat...
  • mengurangkan Kadar Tukaran Makanan (FCR)...
  • penghasilan baja organik atau kompos...
kegunaan EM adalah untuk :-
  • semburan pada luar dan dalam reban...
  • air minuman...
  • makanan...
  • tempat pijak atau tempat tidur...
  • rawatan kolam takungan najis...
 cara penggunaan EM untuk ternakan unggas (ayam,puyuh, itik, etc) :-
  • campurkan EM pada nisbah 1:50-100(air tidak berklorin) dan sembur pada kandang setiap 7-10 hari....
  • campurkan EM pada nisbah 1:200-500(air tidak berklorin) dan beri minum ternakan setiap 10 hari....
cara penggunaan EM untuk ternakan ruminan (kambing, lembu, etc) :-
  • campurkan EM pada nisbah 1:50-100(air tidak berklorin) dan sembur pada kandang setiap 7-10 hari....
  • campurkan EM pada nisbah 1:200-500(air tidak berklorin) dan beri minum ternakan setiap 10 hari....
  • sembur tempat/peralatan atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan ternakan...
cara penggunaan EM untuk ternakan ikan :-
  • EM adalah pada kadar 1:7000-10000...
  • isipadu air hendaklah dikira terlebih dahulu...
  • sebelum dituang ke dalam kolam, EM mestilah dicairkan dengan air kolam tersebut( 1:19) barulah dituang kedalam kolam.Aplikasi bergantung pada sistem ternakan samaada air mengalir ataupun statik...

2 ulasan:

Unknown berkata...

assalam.....

di mana boleh saya dapatkan EM nihhh.....boleh tolong whatsapp saya 0183678999

Bella berkata...

Contact saya bagaimana untuk dapatkan EM ke 01116043769. Tq

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)2009 .. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger

Related Posts with Thumbnails