panduan yang sangat berguna bagi sape2 yang berminat nak eram telur guna incubator...kat bawah ni ade panduan persediaan sebelum masukkan telur ke dalam incubator...
- Telur yang ada kekotoran najis atau tanah hendaklah dibersihkan terlebih dahulu. Pembersihan telor boleh menggunakan bahan kimia pembasmi kuman mengandungi bahan aktif Quaternary Ammonium Chloride dengan teknik yang betul atau secara menanggalkan kekotoran dengan berhati-hati menggunakan kertas pasir, berus kasar, penggosok periuk dan lain-lain cara yang difikirkan sesuai.
- Perhatian hendaklah diambil supaya kerja pembersihan tidak menghakis lapisan jernih semulajadi yang melindungi permukaan telor dari jangkitan bakteria. Jika lapisan ini terhakis, telor akan dijangkiti bakteria semasa dalam proses awal pengeraman melalui udara atau sentuhan tangan yang kotor.
- Bersihkan seluruh komponen incubator dari segala bentuk kekotoran yang boleh menjadi punca jangkitan bakteria kepada telor. Jika berkemampuan, sembur dengan pembasmi kuman dan biarkan sehingga kering.
- Tangan hendaklah bersih semasa mengendalikan telor. Jika mampu, basuh dengan pembasmi kuman seperti Dettol dan lain-lain.
- Tandakan tarikh telor dijangka menetas dengan pensil HB atau pensil warna. Penggunaan pensil HB dan pensil warna memudahkan tulisan dipadam apabila telor yang tiada berbenih dikeluarkan dari incubator selepas proses candling pada hari 4-5. Telor ini boleh dijual.
- Sebaik-baiknya, telor dimasukkan pada hari Jumaat atau Sabtu kerana telor tersebut akan menetas pada hujung minggu selepas 21 hari. Jika anda adalah penternak sambilan yang bekerja tetap, ini memudahkan penternak mengurus anak-anak ayam yang baru menetas dengan selesa pada hujung minggu.
- Pastikan air diisi didalam bekas yang sesuai untuk mengawal kelembapan udara didalam incubator pada paras 50% - 60%. Sediakan Hydrometer sebagai alat pengukur samada secara eletronik atau manual. Boleh didapati dikebanyakan kedai menjual barang-barang eletrik/elektronik.
- Hidupkan pemanas/mentol lampu sehingga mencapai suhu setting dan pantau suhu 'cut-in' dan 'cut-off' bagi memastikan thermostat berfungsi dengan baik sebelum memasukkan telor kedalam incubator. Ganti semua lampu yang telah rosak.
- Jika anda menggunakan incubator auto, pastikan sistem auto turn berfungsi dengan baik.
0 ulasan:
Catat Ulasan