Pages

Rabu, 21 November 2012

tanda awal penyakit buah pinggang...



arini ibu ade sikit info pasal tanda2 awal penyakit nuah pinggang...ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tak sedar pun..ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain...jadi macam mana nak tau yang anda mempunyai penyakit buah pinggang?...haaa... kat bawah ni ade ibu  senaraikan tanda-tanda awal penyakit buah pinggang...
  1. perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing...lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan...perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing...

  2. mengalami keletihan sepanjang masa...kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah...tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya akan mengalami keletihan yang melampau....

  3. mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan...buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan...dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang mengalami kegagalan...

  4. mengalami ruam dan kegatalan...kegagalan buah pinggan guntuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh akan menyebabkan mengalami kegatalan yang teruk...

  5. perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut...ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang...ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah...

  6. mengalami loya dan muntah-muntah...ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

  7. berasa sejuk sepanjang masa...mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas...

  8. merasa kesukaran untuk bernafas...ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru...

  9. merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah...ini adalah tempat terletaknya buah pinggang...beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang...

  10. kerap berasa pening kepala...ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak...
kalau sape2 ade rase gejala2 cam dalam senarai di atas, ade baiknyer rujuk pada doktor...mencegah lebih baik dari mengubati...eehh, tapi kalau dah ade gejala tu makne dah kene ke eik...haa...tu kene tanye doktor lah eik...hehehe....babai...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)2009 .. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger

Related Posts with Thumbnails