wafiy dan ibu tengah tunggu char kuey teow siap di masak di kedai berhampiran |
Wafiy sekarang dalam proses nak berkata2 dah . sekarang dah pandai ajuk ajuk cakap orang. pandai main main cak ngan orang. pandai babai . pandai cium tangan lepas salam dan pandai geleng2 kepala kalau tak suka atau tak nak apa2 yg kita buat atau beri pada dia. Berikut adalah ayat ayat yg pernah keluar dari mulut wafiy. sama ada sengaja atau tidak hanya tuhan tahu :).
Sepah - perkataan ni terjadi masa ibu wafiy nak kasi makan. time tu ibu wafiy goreng telur scramble nak kasi kat wafiy. pastu wafiy dengan selamberland nyer tolak bekas tu . habislah berterabur semua scramble egg ke lantai dan sekali lagi wafiy dengan muka derk mengeluarkan perkataan " sepah" . huh macam orang lain plak yg sepahkan .. hahaha
Berat - Time tu baru balik dari beli barang dapur. masa tu ibu cakap dengan ayah. barang banyak ni macam mana nak bawak naik atas . dengan wafiy lagi. Ayah cakap. takpe boleh angkat wafiy .. tak berat pun . Tiba tiba wafiy cakap " berat ". hahaha wafiy perasan berat .. padahal baby umur 3 bulan dah sama berat dengan wafiy yg umur 7-8 bulan time tu.
Jom - Wafiy suka perkataan ni. kalau dia dalam playpen . atau dalam baby court jer .. bila kita sebut jer "jom jom jom" bingkas wafiy bangun terus ceria terkinja kinja nak didokong. wafiy selalu kaitkan perkataan jom dengan jalan2. sebab tu bila dia nak jalan je sekarang dia akan cakap "jom". cewah dah pandai ajak orang jalan2 dah.
Bedebom - Ayat ni wafiy mula guna masa musim tengkujuh tempohari. boleh dikatakan time tu hari2 hujan. dan hari2 juga la hujan disilihganti dengan kilat yg sabung menyabung. guruh petir bergema2. pastu rumah kami ni pulak tak berapa nak rendah. so lagilah kuat gemanya. wafiy takut bunyi tu. so dia nangis. pastu dia tunjuk2 kat tingkap sambil cakap " bedebom " .. ooo dia buat bunyi kilat tu .. bedebom ? adoi cam lain jer bunyi nye .. wafiy sure ke tu bunyi kilat ? ke bunyi kentut wafiy hehehe .. tak lah ayah melawak jer .jgn marah hehe ..
Bedebah - Ayat ni terkeluar dari mulut wafiy masa dia marah2 dekat ayah. time tu ayah baru jer letak wafiy dalam playpen. seperti biasa wafiy tak gemar sangat duduk dalam playpen. jangankan duduk. berdiri pun wafiy tak suka dalam playpen tu hehe .. masa letak2 jer tu wafiy pun jerit " abahhhhh !! abahhhhh !! abahhh !!.. bedebah !!! " adoi .. tekejut ayah .. ibu pun terkejut gak . pastu ayah dengan ibu pandang muka masing2. pastu pandang wafiy. pastu gelak besar. adoi wafiy. betul punya marah yer....
begitulah gelagat wafiy. baru setahun lebih je dalam keluarga kami ni tapi macam macam benda best dah dia lakukan. setakat ini jelah pencapaian wafiy. nanti ada lagi kita tambah pada siri yg lain. sehingga ketemu lagi.
byee ..
0 ulasan:
Catat Ulasan