Hampir separuh pekerja Malaysia bekerja lebih lapan jam sehari dan membawa pulang kerja secara tetap untuk diselesaikan pada sebelah malam, demikian menurut laporan kajian global terbaharu dari Regus.
Regus,
penyedia tempat kerja fleksibel terbesar di dunia, telah mendapatkan
maklum balas daripada lebih 12,000 ahli perniagaan di 85 negara.Alasan
tekanan pada waktu bekerja yang boleh dipertikaikan telah meningkat
sejak beberapa tahun kebelakangan disebabkan pemulihan dalam ekonomi
yang perlahan di ekonomi matang dan sebaliknya sangat pantas dalam
ekonomi baharu muncul, kata Regus.
Kajian
itu mendapati 32 peratus daripada pekerja Malaysia dan 38 peratus
daripada pekerja global biasanya bekerja antara sembilan hingga 11 jam
setiap hari manakala 15 peratus pekerja di Malaysia bekerja secara tetap
lebih 11 jam sehari berbanding dengan 10 peratus di seluruh dunia.
Naib
Presiden Regus Asia Tenggara, Australia dan New Zealand, William
Willems berkata, kajian itu mendapati terdapat kekaburan mengenai
garisan kerja dan rumah.Kesan jangka panjang terlebih kerja ini boleh
merosakkan kesihatan pekerja dan produktiviti keseluruhan apabila para
pekerja memaksa diri mereka bekerja teruk dan menjadi melawan, murung
dan malah tidak sihat dari segi fizikal, katanya."Sambil
kajian kami mendapati pekerja yang bekerja di tempat yang jauh dan
mudah bergerak bekerja dalam dalam tempoh yang lama, wujud bukti yang
menunjukkan bahawa para pekerja yang bekerja di tempat yang jauh lebih
produktif, mempunyai kepuasan bekerja dan paras tekanan yang rendah,"
katanya, sambil menyatakan para pekerja sedemikian biasanya kurang
melakukan perjalanan, sekali gus membolehkan mereka menggunakan lebih
banyak masa bagi pekerjaan masing-masing.
Perniagaan
yang membolehkan warga kerja masing-masing bekerja dari lokasi yang
berdekatan rumah dan menguruskan masa secara bebas akan menyeimbangkan
tekanan keseimbangan kerja dan kehidupan dan menjadi lebih produktif,
komited dan lebih sihat, katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan