Pages

Selasa, 20 November 2012

kesan sampingan vitamin & mineral...



Vitamin dan mineral, juga boleh mendatangkan kesan sampingan sekiranya diambil secara berlebihan. Oleh itu, pengambilan vitamin dan mineral hendaklah mengikut dos yang disarankan, yang tercatat pada botol atau peket vitamin dan mineral tersebut.

Vitamin larut air, (B&C) kurang mudarat dari vitamin larut lemak (A,D,E & K) kerana B & C disingkirkan dari tubuh melalui air kencing dan najis. Vitamin larut air tidak disimpan di dalam tubuh. Sebaliknya vitamin larut lemak akan disimpan di dalam tubuh, dan menjadi toksik kepada tubuh sekiranya ia dalam keadaan kepekatan tinggi.

Apakah kesan sampingan vitamin dan mineral berlebihan ini?

Vitamin A - diperlukan untuk kesihatan mata, anti-penuaan, pertumbuhan otak dan sel saraf, sistem kekebalan badan, menjaga kesihatan kulit.
kesan berlebihan - sakit kepala, loya, cirit-birit, rambut gugur, sakit2 badan, keguguran rambut, masalah hati & limpa, kecacatan pada bayi dalam kandungan, gangguan kitaran haid dan sebagainya.

Vitamin D – diperlukan untuk penyerapan kalsium oleh badan, menjaga kekuatan otot dan mengatur denyutan jantung.
kesan berlebihan - membuatkan kalsium terenap pada tisu lembut, salur darah dan buah pinggang.

Vitamin E - anti oksidan, membantu menyembuhkan luka dan menghilangkan parut, membaiki peredaran darah, mengawal kolesterol. membanyakkan sperma untuk kesuburan lelaki, menjaga saraf dan kesihatan kulit & rambut.
kesan berlebihan – loya, sakit kepala, rasa lemah, cirit-birit.

Vitamin C - anti oksidan, untuk kesihatan kulit, membina sel badan yang sihat, menjalankan lebih dari 300 fungsi dalam tubuh.
kesan berlebihan - cirit-birit.

Kalsium – diperlukan untuk tulang dan gigi, otot-otot, sel darah serta tindakan enzim dalam tubuh.
kesan berlebihan – boleh terkumpul dalam ginjal menyebabkan batu karang dan menghalang penyerapan zat besi.

Zat besi (iron) - diperlukan dalam sistem imuniti tubuh dan sel darah merah
kesan berlebihan – menyebabkan masalah pada jantung dan hati

Jadi, berpada-padalah dalam pengambilan vitamin. Dapatkan nasihat daripada doktor atau konsultant kesihatan (pengedar Shaklee anda sekiranya anda mengambil vitamin & mineral Shaklee) sekiranya anda ada kemusykilan. Jangan ambil melebihi dos yang disyorkan.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)2009 .. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger

Related Posts with Thumbnails