Pages

Jumaat, 16 November 2012

potty training....


semalam ibu & ayah pegi Zemart bli barang2 dapur sikit sementara tunggu moto ayah siap...tengah cari2 barang tu terjumpa lah potty...dah lame dah ayah nak bli & nak latih wafiy guna potty tu...jadinyer semalam ayah pun blilah potty tu....sampai umah enstek & try letak wafiy atas potty tu...senyum2 suke die...die ingat cam kete mainan lak...hehe...

lebih kurang camni lah rupe potty wafiy...
pagi ni ibu pun cari lah tip2 yang leh guna camne nak latih wafiy guna potty ni...ade jumpa 1 artikel ni...nak tau lagi lanjut?...klik baca lagi kat bawah ni...


SECARA purata, kebanyakan kanak-kanak mula belajar menggunakan tandas sekitar usia dua tahun. Tetapi, seperti juga dalam proses perkembangan kanak-kanak, setiap kanak-kanak adalah berbeza.

Kanak-kanak yang berusia sehingga 20 bulan lazimnya lebih cenderung membuang air kecil. Ini sekali gus menyukarkan mereka menahan keinginan ke tandas. Tambahan pula, aspek pengendalian pakaian masih menjadi masalah kepada mereka.

Di Barat misalnya, sesetengah ibu bapa merasakan ia lebih mudah melatih anak menggunakan tandas sewaktu musim panas. Pada waktu ini, kanak-kanak lebih mudah diuruskan dengan pemakaian pakaian yang minimum.

Senario ini mungkin boleh diaplikasikan untuk anak kita memandangkan cuaca di Malaysia yang pada kebanyakan masanya panas. Mendidik anak cara menggunakan tandas juga memerlukan sedikit strategi dan kesediaannya untuk belajar.

Berbanding anak perempuan, anak lelaki memerlukan masa yang lebih lama untuk belajar. Malah, mereka turut perlu menguasai teknik membuang air kecil kerana kebanyakan anak lelaki akan belajar duduk di atas mangkuk tandas terlebih dahulu.

Dalam hal ini, ada baiknya jika ahli keluarga yang lebih tua seperti bapa atau adik-beradik lelaki yang lain menunjukkan caranya.

Bilakah masa yang sesuai untuk anak belajar pengurusan tandas? Kesediaan anak itu boleh dilihat menerusi beberapa petanda ringkas:

  • Kekal kering selama beberapa jam setiap hari.
  • Menunjukkan minat apabila anda, pasangan atau adik-beradik yang lain ke tandas.
  • Mengalami sakit perut secara kerap pada bila-bila masa misalnya selepas bersarapan.
  • Menunjukkan petanda ingin ke tandas apabila anak mencangkung atau menghasilkan bunyi yang tidak enak.
  • Memberi isyarat bahawa lampinnya sudah basah.

Bilakah masa sesuai ibu bapa patut bertindak memaksa anak belajar tentang penggunaan tandas? Mengajar anak tentang penggunaan tandas sewaktu berada dalam keadaan tertekan bukan satu idea yang baik. Antaranya termasuklah:

  • Kehadiran orang baru dalam keluarga misalnya bayi.
  • Memulakan sistem penjagaan anak yang baru.
  • Pertukaran tempat tidur. Misalnya dari katil bayi ke katil sebenar.
  • Pemindahan rumah.
  • Masalah keluarga.
  • Apabila ahli keluarga sakit.
kat bawah ni lak ade info berkenaan potty training ni...jom bace...
sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)2009 .. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger

Related Posts with Thumbnails