Pages

Isnin, 1 Oktober 2012

Project bermula


Kami dah mulakan projek incubator tu. tp xguna kayu tp guna kotak je. cam byk lak proses nk wat klu guna kayu. guna barang2 yg ade kat umah je. xde kluar kos pun. kalau ada duit , incubator harga  dlm lingkungan rm 180 - rm 400 hehe.

Barang2 yg digunakan :-
- 1  kotak sebesar mikrowave kecil.
- 1 lampu meja yg dipinjam dr atuk & wan dengan mentol berkuasa 25 watt.
- sebahagian bekas telur.
- satu kipas brushless 6v dari sebuah pc lama.
- satu usb power adaptor belkin.
- 1 bekas plastik untuk isi air.
- 1 termometr utk maintain kan suhu yg sesuai (ikut dlm intenet kate kene maintain 36.8 darjah celcius.

mula2 kami guna kotak A4 je. pastu letak termometer. dlm 10 minit camtu, tgk2 40 darjah celcius. trs cr kotak lain. pastu try kotak microwave lak sbb besar ckt maybe suhu die jd rendah ckt. tggu 10 minit, tgk termometer jd 35 darjah je. lepas tu ayah letak kipas brushless betul2 atas mentol 25 watt tu untuk regulate haba dan udara dalam kotak, barulah cecah 36.8 - 37 darjah celsius. kemudian letak sedikit bekas plastik diisi air (untuk humidity/kelembapan). tutup kotak dan letak telur. minimum setiap 8 jam telur tu perlu digolek2 bagi mengelakkan kecacatan. kalau rajin 3 jam sekali.

kalau ikut tempoh eram merpati, 18 hari. ayah pun tak tau berapa lama telur ni nak dieram. kami tak pasti telur ni dah berapa lama dah mak burung tu eram tapi kami agak2 mungkin dalam 3 -6 hari. kami pun set tarikh luput tempoh eraman adalah 18 hari atau lg tepat 17 oct 2012 ( mengikut tempoh eraman merpati). kalau tempoh eraman ayam adalah 21 hari.
telur yg dieram boleh dilihat di bawah lampu suluh untuk pastikan telur tu sihat pembesaran embrionya. tempoh menjalankan ujian lampu adalah pada hari ke 5, 10 & 15. bila dah nak akhir2 tu tak perlu pusing2kan dah telur tu. pastikan lihat tanda rekahan, kalau ada, alihkan rekahan pada kedudukan atas untuk mengelakkan burung lemas. bila dah start menetas, tambahkan air supaya senang nak menetas (kulit telur lembut). doakanlah kejayaan incubator murahan kami ni. kalau berjaya boleh sambung cerita membesarkan anak burung pulak yer. hehe


incubator dari barang terpakai
persediaan incubator. testing kedudukan mentol
pemasangan kipas
hampir siap. telur kecik jer atas lapik telur

tadda... final product
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
\/
wafiy pun tolong gak. tolong kacau. hehe.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)2009 .. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger

Related Posts with Thumbnails