jika lebih dari 38 Darjah Celcius, Demam anda mungkin serious! |
Anda tak sedap badan? terasa seram sejuk? lengguh2 badan dan penat tak tentu pasal? sakit kepala dan berair mata kerana kepanasan ? anda kemungkinan sedang demam sekarang ni. macam saya jugak :D Tetapi anda keseorangan ? mcm mana ni ! Sebaiknya mintalah orang yg tersayang menjaga anda. tetapi sekiranya keadaan tidak mengizinkan nak buat macam mana yer tak ? hehe
Jadi macam mana nak merawat demam sekiranya anda seorang diri? sebelum itu mari kita faham kenapa badan kita demam.
Badan anda demam kerana tindakbalas anti-body di dalam badan kita melawan bacteria2 atau virus2 yg cuba menjajah badan anda. Hasil tindakbalas "peperangan" tersebut, maka anda terasa panas di dalam ( dan kadang2 sejuk diluar) tindakbalas ini adalah normal bagi seseorang untuk pulih. demam sebenarnya adalah petanda badan anda mampu melawan benda2 jahat dalam badan anda. :)
OK sekarang kita dah faham kenapa kita demam. Jadi jom kita pelajari tips2 untuk pulihkan diri secepat mungkin dari demam ni. mula mula clicklah read more di bawah tu :)
1) Anda perlu cari pakaian yg paling selesa. jangan pakai ketat2. ini memudahkan anda untuk bergerak dalam keadaan badan anda lemah dan melancarkan peredaran darah. Kesalahan yg paling ketara orang melayu adalah dengan memakai pakaian tebal atau selimut. Tahukah anda, apabila suhu badan anda melebihi 37 darjah celcius, anda sedang demam ? mungkin anda tidak ketahuinya. tetapi lebih 3 - 4 celcius dari suhu biasa sebenarnya adalah amat bahaya. Jadi jangan pilih pakaian yg tak selesa. langkah pertama adalah regulate suhu badan supaya otot badan anda tidak cramp dan kesakitan.
2)letak ais atau kain basah di dahi anda. lebih baik kain kapas kerana kain kapas menyerap air dengan baik. lakukan dalam keadaan baring. disebabkan anda tidak mampu bergerak selalu, pastikan semua kelengkapan atau peralatan anda seperti handphone ( untuk sebarang emergency@kecemasan ), netbook, remote control tv atau astro berdekatan. Jangan lupa minum air selalu ambil bekas paling besar dan isi air kosong dan letak berhampiran anda. Ini penting kerana untuk menurunkan suhu badan, tubuh anda memerlukan air. air dalam badan anda tersejat dengan begitu cepat sekali kerana peningkatan suhu. jadi jangan segan2 minum air kosong. Apabila suhu badan anda dapat diturunkan, anda akan mula rasa seperti seakan akan sihat. tetapi jangan terkejut sekiranya anda masih demam selepas itu, kerana peperangan yg berlaku dalam badan anda mungkin belum berakhir.
3)jika berkemampuan, lakukan juga pada anggota badan anda yg lain. lap dan sejukkan bahagian organ dalaman seperti dada, perut dan juga tempat dimana darah mengalir dengan cepat seperti pergelangan tangan dan bahagian temporal lobe ( bahagian atas sisi mata ) di bahagian bahagian ini adalah tempat pembuluh darah utama dalam badan. lakukan juga dibahagian belakang bahu anda. anda akan terasa lega selepas itu.
bahagian temple lobe dimana pembuluh darah nadi terletak |
4) Mandi dengan air biasa yg tidak panas mahu pun sejuk. Air mandian yg panas akan menyebabkan peningkatan suhu mendadak, anda mungkin boleh pitam akibat heat stroke. ini amat bahaya. Air sejuk pula boleh menyebabkan anda mengigil dan ini juga akan membuatkan anda kepanasan kerana mengigil itu adalah cara normal untuk badan anda menghasilkan haba. namun sekiranya suhu badan anda terlampau tinggi, disarankan mandi air sejuk secepat mungkin bagi mengelakkan heat stroke.
5) Selagi kepanasan anda tidak melebihi 38.8 Darjah celcius, biarkan bandan anda demam. jadi adalah lebih baik sekiranya anda mempunyai thermometer @tolok suhu yg mudah digunakan. cara terbaik untuk mengunakan thermometer adalah dengan merendamkannya dulu kedalam air sejuk , hayunkan sehingga tolok kelihatan pada kosong. kemudian letakkan bawah lidah selama 2 - 3 minit.
6)Yang ni kegemaran saya. Makan Ais Krim. Ais krim dapat menurunkan suhu badan anda dan ia adalah amat sedap . hehe . Tapi kalau takde ais krim dalam peti ais, jangan lupa gunakan phone anda untuk memesan aiskrim pada orang yg tersayang. kalau dia sayang anda dia akan belikan aiskrim tu hehe.
7)Makan sup ayam atau sup ketam. elakkan makanan yg berminyak kerana badan anda akan lebih mengeluarkan haba untuk memprocess minyak dalam perut. ELAKKAN campuran cili atau lada sulah@hitam. bahan2 ini memanaskan badan. Minum Jus buah buahan. serat dan vitamin C dalam buah2an dapat membantu@mempercepatkan pemulihan demam anda.
Demam adalah alasan terbaik untuk makan Ais Krim :) |
8)Masak bubur nasi. bubur nasi baik untuk orang yg demam kerana makanan lembut menghalang dari perut anda bekerja keras. bila perut anda bekerja keras, haba akan meningkat. jadi masaklah bubur. kalau nak letak ayam pun takpe. nak lagi sedap, tuangkan sup ayam kedalam bubur nasi anda. terbaek :)
9) kalau boleh dapatkan orang lain tolong anda. sebab demam sorang2 x best langsung hehe. anda akan kurang semangat untuk mengharungi demam seorang diri. jadi apa salahnya ada orang temankan. :)
10)Jangan lakukan kerja kerja berat. berehatlah. anda kan demam. nanti dah sihat barulah basuh aquarium tu. atau nanti dah sihat baru la basuh kereta tu. tak apa. kerja2 tu boleh tunggu. kesihatan anda lebih penting. tidur yg cukup pun penting. jangan lah anda sibuk nak tengok cerita CSI atau Documentary di astro yg anda tunggu2 tu menyebabkan anda tidur lewat. Astro kan suka ulang2. jangan bimbang, bila anda dah sihat, rancangan tu mesti ulang semula .
11) sekiranya demam anda tidak baik dalam sehari dua, dapatkan khidmat doktor. bagi informasi yg penuh berkenaan demam anda, seperti tarikh dan masa mula demam, kesakitan2 lain. tompok2 atau pendarahan. muntah2 dan apa saja komplikasi yg anda hadapi semasa anda demam. Selalunya doktor akan memberi anda antibiotic selepas demam anda menjangkau l3 hari. PASTIKAN ANDA MENGHABISKAN ANTIBIOTIK DOKTOR walaupun anda rasa anda dah pulih, kerana takut2 masih lagi ada askar2 jahat dalam badan anda menunggu masa sesuai untuk melakukan serangan balas. :)
12) Yang paling penting sekali. Berdoalah pada Allah. segungguhnya tiada sakit yg tiada penawarnya , kecuali mati. :)
Bagi orang2 yg menjaga orang yg demam. Ketahuilah orang2 yg demam ni memerlukan bukan sahaja bantuan anda, tetapi kasih sayang anda juga. usaplah dahinya dan urutlah tangan dan kakinya. Ia melegakkan pesakit dan membantu melancarkan peredaran darah seraya membantu mempercepatkan pemulihan.
*ps: tips ini adalah untuk informasi formal dan tidak bersikap mandatory. mendapatkan nasihat pakar adalah yg terbaik. gunakan tips ini dengan risiko anda sendiri.
0 ulasan:
Catat Ulasan