Pages

Rabu, 17 Oktober 2012

dua bulan lewat...


suasana bahagia di rumah pasangan suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumahtangga empat bulan yang lalu...si isteri berbisik kepada suaminya...

isteri: abang, sayang dah dua bulan lewat tau rasanya sayang mengandunglah abang...

suami: eh yeke? tapi kita kena pastikan betul-betul, tak mengapa besok abang bawak sayang jumpa doktor...

mereka berpakat untuk menyimpan rahsia dan tidak memberitahu sesiapa...petang itu ketika si suami tiada di rumah, datang seorang pekerja TNB ke rumah pasangan itu kerana sudah dua bulan bil elektrik rumah mereka tertunggak.
pekerja TNB: kak saya dapat tahu akak dah dua bulan lewat jadi pihak TNB dah tak boleh tunggu lagi ni kak...

menyangkakan pekerja TNB tersebut bercakap mengenai haidnya yang sudah dua bulan lewat, si isteri mengherdik pekerja TNB itu...

isteri: apa? saya dah dua bulan lewat pun awak tahu? ini mesti suami saya yang bagi tahu! dia kata tak mahu bagitau orang lain...

pekerja TNB: eh, mana ada kak, suami akak tak bagitahu pun...sekarang zaman internet kak, semua boleh check online je...ada yang lebih teruk dari akak sampai lima enam bulan lewat pun ada...kami ada rekod check internet je...

isteri: awak jangan tipu, nanti suami saya balik saya tanya dia...

pekerja TNB: oklah kalau macam tu kak, saya balik dulu, saya pun banyak kerja ni...

malam itu, pasangan itu bergaduh besar...si suami mati-mati tak mengaku dia telah memberitahu pekerja TNB itu tentang haid isterinya yang sudah dua bulan lewat...

esoknya si suami terus pergi ke pejabat TNB kerana berang dengan kejadian itu...tanpa memberi salam apa lagi memberi salam, si suami terus mengamuk dan memarahi staff TNB yang ada di situ.

suami: Korang semua ni buat kerja apa ha? orang dua tiga bulan lewat pun korang boleh tahu, aku tak pernah pun bagitau kat korang!

fahamlah mereka bahawa lelaki yang sedang mengamuk itu berang dengan tunggakan bil elektriknya...tambah lagi memang selalu orang datang di situ mengamuk pasal bil elektrik tertunggak...

staff TNB: eh kami tak perlu makluman daripada encik, kami boleh check di internet, berapa bulan lewat pun kami tahu...ini memang kerja kami...

suami: woi! apa celaka korang ni orang dua bulan lewat pun sampai nak masukkan dalam internet, korang nak kena saman ke?

kebetulan pekerja TNB yang datang ke rumahnya semalam ada di situ, cuba menenangkan keadaan...

pekerja TNB: sabar encik, sabar, beginilah encik bayar je senang habis cerita...

suami: eh, aku pulak kena bayar? jangan harap!

pekerja TNB: kalau encik taknak bayar kami terpaksa potonglah encik...

suami: amboi banyak cantik! ko nak potong apa? nak potong aku punya? habis isteri aku kat rumah nak pakai apa?

pekerja TNB: pakai lah LILIN.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)2009 .. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger

Related Posts with Thumbnails