Pages

Isnin, 25 November 2013

tip mendidik anak & cara kurangkan marah pada anak kecil...


ibu baru jumpa ada satu info yang berguna...jom baca tip untuk mendidik anak kecil & cara kurangkan marah pada anak kecil...


  • sebelum memarahi anak anda...fikir dulu..adakah anda suka dimarahi seperti itu oleh emak & ayah anda atau orang lain?...adakah anda mahu anak anda memarahi anda seperti itu suatu hari nanti?..bagaimana perasaan anda kalau dimarahi seperti itu?..apa juga salah anda, pasti anda tidak suka dimarahi seperti itu... 
  • lebih banyak memberi kesedaran pada anak anda daripada memarahinya...ia memang agak susah tetapi ia sangat membantu anak anda berubah...anak anda dalam proses pembelajaran...fikir cara lain yang boleh membuat anak anda memahami daripada asyik memarahi mereka...
  • memahami anak anda bukanlah robot yang mengikut sahaja arahan anda...anak anda adalah manusia yang mempunyai emosi & keinginan...
  • didik diri anda sendiri untuk menunjukkan rasa sayang pada anak kecil melalui suara, muka & tindakan...anda perlu tunjukkan, baru lah mereka mengetahui anda menyanyangi mereka...tidak guna jika perasaan sayang hanya di dalam hati sahaja...
  • elak mengeluarkan kata-kata negatif pada anak anda...elak dari mengutuk & menjatuhkan maruah anak anda di depan orang lain...adakah anda suka dikutuk di depan orang lain juga?...begitu juga anak anda...tiada siapa suka dikutuk di depan orang lain walaupun mereka masih kecil...
  • anda perlu memantau anak anda semasa menonton tv...anda perlu memberitahu perkara yang salah & yang betul...
  • banyakkan membaca al-quran...ayat al-quran mampu melembutkan hati anak anda...menjadikan mereka lebih mendengar kata...hiburan di tv atau radio banyak menyebabkan hati anak-anak menjadi keras & sukar mendengar kata...
akhir sekali, anak anda juga adalah seperti anda, melalui zaman bayi, zaman kanak-kanak, zaman remaja & akan melalui zaman dewasa seperti anda juga...fikirkanlah...semoga tip ini akan membantu anda semua...sekian...


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)2009 .. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger

Related Posts with Thumbnails