Pages

Jumaat, 1 November 2013

Reunion keluarga belah Ayah yg tak dirancang.

22 haribulan October 2013, Atuk Mior dimasukkan ke hospital HTAR. 28hb tu Atuk Mior hantar mesej kepada ayah bagitau yg dia sekarang berada dalam hospital. 29hb Ayah dan Ibu pegi melawat Atuk Mior. Masa 1st time lawat tu, bengkak juga lah muka Atuk Mior. air tak boleh keluar dari badan. Jadi malam tu Ayah call antie Intan dan antie Pina bagitau keadaan Atuk Mior. Ayah mintak depa lawat cepat sikit. Antie Intan dari johor sampai keesokkan harinya. Ibu pun mintak cuti separuh hari. Sian Ibu, habis cuti. Berkumpul di rumah BBST. dalam pukul 3 bertolak. 4.30 ptg sampai.


Selesai solat Asar kami terus lawat Atuk Mior. Ok sikit dari semalam. muka pun dah kurang bengkak. Alhamdulillah. Borak sakan lah semua orang . keluar cerita dulu2 hehe. dekat sejam jugaklah bersembang. dalam 5.30 petang kami pun beransur. Balik ikut jalan highway utara selatan. dan keluar ikut exit UPM.

Tiba2 antie Pina cite kat putrajaya ada kedai Kebab yg jual pizza. sedap katanya. jadi Ayah pun ajak singgah. Ramai2lah singgah. menjamu selera dekat kedai tu ( lupa dah nama kedai ). tapi dekat presint 15 tu lah. Ha nama dia Mr Kabab & Biryani ( dapat dari Ibu. Ayah msg melalui ym tanya kat Ibu. hehe )

Order beberapa pizza . fries. meatball. nasi pakistan dan roti nan. Lama gak tunggu . sempat la solat maghrib kat kedai tu . Besar gak surau dia. Bagus kedai makan ada surau. senang orang nak solat hehe. sekian lama menunggu lama2 sampai jugaklah makanan2 yg diorder. kami pun menjamu selera. jom layan gambar plak

Gambar ni tiada kaitan dengan kebab. silap upload tapi malas nak delete haha.

kekenyangan makan pizza. burpp. Alhamdulillah

Wan Umi tutup idung. tersipu2 masuk camera hehe

wafiy pandang ibu, emel pandang camera, jijim pandang wafiy

wafiy dan jijim . gambar lepas makan hehe.
Ayah, Ibu, Wafiy, Jijim dan Emel senyum jer lepas makan hehe

Itu sajalah posting untuk hari ini. Semoga Atuk Mior cepat sembuh. Mimin tak dapat datang sebab sekolah asrama. rugilah kalau tak leh makan pizza hehe

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)2009 .. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger

Related Posts with Thumbnails