Pages

Isnin, 11 November 2013

Tangan terseliuh dah masuk angin

Rupa2nya tangan wafiy tak baik2 lagi. terseliuh di pergelangan tangan dah membengkak. Tiap2 malam wafiy menangis. tidurnya tak lena. kadang2 seperti mengigau. "ibu sakit.. ibu sakit " teriak wafiy . tak jemu ibu memujuk. lama kelamaan wafiy tidur semula. sejam dua jadi lagi. hinggalah ke pagi.


Sebelum dan selesai mandi, wafiy merungut lagi. " sakit.. sakit " setiap kali ditanggalkan atau dipakaikan pakaian. tangan kiri wafiy tidak baik baik. dari balutan, halia tumbuk , hinggalah ke ubat  susut bengkak. segalanya tidak berapa mujarab. Hinggalah Pak Lang membawa kami ke Jenderam. Ada tukang urut yg arif. Insyallah ok.

Pak Lang datang dari perak. cuti sebab Atuk dan Wan pergi ke sabah. Seraya bercuti, Pak Lang tolong bawak wafiy pegi urut sekali. Kami pegi naik kereta. sampai saja terus berjumpa dengan tukang urut tu. Penglihatannya kabur. bertongkat. orangnya mesra. menjemput kami ke dalam rumah.

Wafiy dipegang Pak Lang. Brader tukang urut pun menjalankan tugas. setelah dicek elok2, sah terseliuh. dah bengkak. tersilap urat. kena urut supaya bengkak pecah dahulu, baru boleh betulkan urat. tapi tak boleh paksa. sebab budak kecik. perlahan2 Brader tu urut. sedikit demi sedikit. mula2 nak gerakkan tangan pun sakit. lama2, gerakkan tangan pun dah boleh. lama2 pegang pun dah tak sakit sangat. kemudian selesai.

Malam tu wafiy macam dapat balik tangan kiri dia. berlari sana berlari sini. tangan dah baik. Alhamdulillah. memang berbakat Brader tukang urut tu. Sekarang wafiy dah 100% pulih. dan seperti biasa jugaklah, wafiy dah kembali berceloteh macam dulu. bahasa german ade jugak.  tapi sekarang banyak bahasa malaysialah. senang skit nak faham . wafiy wafiy. jom tengok gambar

mula mula pak lang pegang. meleleh2 air mata wafiy tahan sakit
kesian wafiy. sambil terjengket2 menahan sakit

3 ulasan:

Matt berkata...

Salam. Nak tanya ada no ustaz tukang urut tu? Anak terseliuh tangan juga.

ruffleen berkata...

waalaikumsalam...sy xde no tepon abg tu..just tau runah die di jenderam..seberang jalan kilang dobi aroma..

Unknown berkata...

Terima kasih.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)2009 .. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger

Related Posts with Thumbnails