Pages

Selasa, 17 September 2013

Kisah Ayam dari E-MAS Villa ke Desa Vista

Ibu dan ayah memang suka bela unggas. cuma rumah jer tak mengizinkan. tinggal kat tingkat 5 tapi nak buat macam ada ladang 5 ekar. hahaha. Kisahnya ibu dan ayah berjaya tetaskan ayam 4 ekor. selepas 2 bulan membela, sekor terlepas dan jatuh ke tingkat bawah. mula2 pagi tu ada. tapi tak sempat nak mengambil. bila dah pegi time tengahari dah hilang dah. tak tahu lah mana pegi. jadi tinggal lah 3 ekor.

Ayam ayam ni duduk dalam reban jer. sampai lah mereka dah nak dewasa. seekor ayam jantan dan 2 ekor betina. Nak dijadikan cerita, si ayam jantan tu dah mula berkokok pulak. Jadi ayah dan ibu dah mula cemas lah takut nanti orang tensyen plak bunyi ayam berkokok. maka ayah dan ibu ada dua pilihan. sama ada sembelih atau pindahkan ayam ni. Kami ambil option ke dua sebab ayam tu tak cukup umur lagi nak sembelih ( lagi 2 bulan baru ok ). Maka ayam2 tu pun ditempatkan di desa vista di rumah Kak Pina.

Pagi sabtu pukul 9, Ayah , Ibu , Wafiy dan 3 ekor ayam memulakan expedisi ke desa vista. Masa sampai kat sana tiba2 baru teringat kat situ takde reban ayam. So setelah beberapa perbincangan dengan tuan rumah, maka kitaorang pun sekali lagi berexpedisi untuk membuat reban ayam. Atap ayam tu guna abestos ( jumpa kat tepi jalan). pastu kotak ayam tu jumpa kat tepi kedai cina. Kemudian beli pagar dan cerucuk . Hasilnya jom lihat gambar dibawah.


Ayam berjalan di atas siling rumah. (sebenarnya gambar terbalik.)

reban bidan terjun yg berjaya disiapkan kurang dari 10 minit.

Ayam ayam kelihatan teramat gembira pertama kali memijak tanah

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)2009 .. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger

Related Posts with Thumbnails