inilah Dminion. |
Ha . Dah kenal dah kan ? sebelum tu mari saya cerita sejarah Dminion ni. ceritanya bermula selepas Django berhijrah ke Ipoh. Ibu dan Ayah time tu dapat tawaran membeli telur angsa dari seorang penternak angsa berpangkalan di negeri sembilan. time tu hari pertama bulan puasa tahun 2013. Atuk dan Wan yg bawak kami ke soromban untuk mendapatkan telur telur tersebut. Malam tu jugaklah incubator kami dicuci habuk dan digilap menjadi cantik kembali dan misi menetaskan telur angsa batch ke dua bermula.
selepas 10 hari , alangkah sedihnya apabila didapati hanya sebiji je telur angsa tu mempunyai benih. yg lain semua kosong. mungkin angsa muda kot. wallahualam. takpelah .. kami pun tunggulah .. risau .. takut.. sedey.. kadang2 Dminion ni pun ingatkan tak jadi dah . tapi umur dia panjang kot .. menetas jugak.
Hari berganti hari .. minggu berganti minggu.. bulan tak ganti sebab 1 bulan jer. maka yg menetas Dminion sorang jer. Hari yg Dminion menetas tu adalah hari raya ke 3. Nak dijadikan cerita, Hari raya ke 3 kami balik ke kampung. Jadi Dminion ni kami bawak balik sekali ke kampung. siap buat kotak berisi hotpad untuk telur Dminion. ( silap tak tangkap gambar time tu kalau tak leh post skali ). 3 1/2jam perjalanan, sampai lah di Ipoh. kemudian Pagi besokknya Dminion menetas. Hari yg sama jugaklah kami jumpa Falcon. tapi tu cite lain hehe .
Maka bermula la kisah Dminion ni. balik semula ke Sepang. hinggalah Dminion ni mencecah umur 1 bulan. Dminion ni bukan macam django. perangai dia terlampau aktif. agak kelam kabut sikit. kalau bagi makan cengkerik, dengan jari2 kita pun dia nak makan sekali. so kena la berhati2 yer. Size Dminion ni pun terlebih besar. masa Django umur 3 bulan , dah sama macam Dminion 1 bulan. sebabnya makanan Dminion dipenuhi oleh protein ( pakai dedak tinggi protein). so cepat lah Dminion ni membesar. dan disebabkan itu jugalah Dminion terpaksa dipindahkan ke Ipoh untuk bersama Django. Masa Diminion nak pindah tu, Atuk dan Wan singgah ke sepang bawak lori. jadi sekali harunglah Dminion pun ikut sekali. Kembali semula ke tempat menetas dia. bye bye Dminion.
Raya haji ni kami nak balik kampung. boleh tengok Dminion ngan Django.Lama jugaklah Ibu dan Ayah tak tengok Django dan Dminion. Ha , jom tengok gambar Dminion dan Django. Sahabat, untuk selamanya.
Django dengan posing ala gangster, kaki sebelah dalam bekas air |
Dminion disebelah jirannya. Happy jer Dminion. |
0 ulasan:
Catat Ulasan