Pages

Khamis, 3 Januari 2013

TELUR PUYUH, BAIK UNTUK SEMUA



Telur puyuh tidak begitu terkenal daripada telur ayam atau telur itik. Apalagi banyak orang menganggapnya sebagai sumber kolesterol. Padahal, nilai gizinya baik untuk janin mahu pun orang dewasa dan tua usia.Puyuh adalah spesies atau subspesies dari genus coturnix. Burung puyuh pada awalnya termasuk burung yang hidup liar, dijinakkan di Jepun untuk tujuan peliharaan (pet) . Penjinakan burung puyuh liar tersebut juga dilakukan di Korea, Cina,dan Taiwan. Lama kelamaan species burung puyuh jinak ini tersebar keserata pelusuk dunia dan dikenali sebagai variasi khusus Coturnix coturnix japanica.Buat masa ini permintaan  telur dan daging puyuh adalah amat tinggi kerana kelazatan dan kesedapan telur dan dagingnya.

SUMBER PROTEIN

Telur puyuh merupakan sumber protein terbaik.100 gram telur puyuh mengandung 13,05 gram protein, yakni lebih dari dari telur ayam maupun telur itik. Salah satu keunggulan protein telur dibandingkan dengan protein haiwan lainnya adalah Badan lebih mudah menyerap protein dari telur berbanding dari sumber daging. Ini bermakna setiap gram protein yang masuk akan dicerna didalam tubuh secara sempurna.

NUTRISI OTAK

Selain protein, lemak, vitamin, dan mineral, telur puyuh juga kaya dgn kolin. Kolin penting untuk tubuh, terutama untuk perkembangan fungsi otak. Hal tersebut berkaitan dengan peranan kolin sebagai komponen asetikolin yang berfungsi sebagai pengantar signal saraf. Pengambilan kolin yang cukup akan membantu kerja saraf pada otak untuk berfungsi dengan baik, seterusnya menguatkan daya ingatan anak-anak dan menghindari nyanyuk dan pelupa pada orang dewasa dan tua.100 gram telur puyuh dan telur itik mengandung 263,4 mg kolin, lebih tinggi daripada kolin yang terdapat pada telur ayam.Namun keperluan kolin setiap orang berbeza. Ibu-ibu yang sedang hamil hingga menyusui perlu mengambil makananan sumber kolin dalam jumlah tinggi. Hal tersebut penting untuk perkembangan otak janin.Selain itu pengambilan kolin yang cukup semasa  hamil juga dapat mengurangkan risiko kematian sel pada janin, mengurangkan kemungkinan bayi cacat dan keguguran.pengambilan kolin pada saat menyusukan anak membantu perkembangan otak bayi secara optimal. Penelitian yang dilakukan oleh Meck dan William (1999) menunjukkan bahawa untuk perkembangan janin yang optimal, pemberian makanan kaya kolin sebaiknya dilakukan pada umur kandungan 20-25 minggu hingga saat melahirkan.Penelitian yang dilakukan oleh Ladd dan kawan-kawan (1993) menunjukkan bahawa kolin tidak hanya baik dimakan mereka yang sedang dalam tahap pertumbuhan, tetapi juga oleh kaum lanjut usia.Mereka yang berada dalam usia muda belia juga wajib mengambil kolin untuk mempertahankan fungsi otak agar selalu cerdas.Selain itu kolin juga dapat memperbaiki memori otak yang rosak akibat proses penuaan (nyanyuk).

MELINDUNGI MATA

Kuning telur mengandungi lutein dan Zeaksantin.Kedua kandungan itu merupakan pigmen berwarna kuning yang mempunyai khasiat kesihatan yang tinggi. lutein berasal dari bahasa latin yang bemaksud kuning emas. Demikian juga kata zeaksantin yang berasal dari kata Zea yang merujuk pada gene jagung, dan xanthin yang juga berasal dari bahasa latin yang bermaksud kuning. Selain pada telur, lutein dan zeaksantin juga banyak terdapat pada sayuran hijau. Hasil Kajian yg ditulis dalam The Journal of Nutrition, Ogos 2004, menunjukkan bahawa lutein pada kuning telut lebih mudah diserap tubuh daripada lutein pada sayuran hijau seperti bayam. Meskipun belum ada penelitian yang menjelaskan secara komprehensif, kemungknan besar kerana kuning telur mengandung lemak, sehingga lutein lebih mudah larut dan diserap oleh tubuh.Lutein dan zeaksantin tidak mengandungi vitamin A, walaubagaimanapun keduanya sangat baik untuk mata. Secara amnya lutein dan zeaksantin terdapat pada retina mata. Pengambilan makanan yang kaya lutein dan zeaksantin akan meningkatkan kandungan lutein dan zeaksantin dalam retina mata. Didalam retina mata, lutein dan zeaksantin dapat membantu melindungi mata dari kerosakan akibat dari sinar ungu (ultraviolet) sebagai penyaring. Menurut Seorang saintis Dr. Richard A. Bone (1992), lutein dan zeaksantin berpotensi


menyerap ultraviolet hingga 20-90%.

Kanak-kanak sangat mudah terdedah pada sinar ultraviolet pancaran sinar matahari, layar TV ataupun komputer. Ultraviolet sebenarnya adalah sinar yang memiliki panjang gelombang antara 400-500 nm pada spektrum sinar yang tidak dapat dilihat dengan mata. Pada usia yang masih kecik, lensa mata pada anak relatif jernih,menyebabkan amat sukar untuk mata kanak-kanak menapis sinar ultraviolet masuk ke retina. Jika hal tersebut berlanjuran, sinar tersebut boleh menyebabkan kerosakan dan menyebabkan luka pada retina mata anak.ringkasnya, telur puyuh sangat disyorkan untuk kanak-kanak yang sedang dalam tahap pertumbuhan ataupun ibu-ibu sedang hamil dan menyusu. Orang tua juga dianjurkan untuk memakan telur puyuh, asalkan pengambilan makanan adalah mengikut kadar  mempunyai kadar kolesterol tinggi atau menderita obesitas.


MENGANDUNG ZAT ANTI KANSER

Badan kita tidak dapat mengeluarkan lutein dan zeaksantin yang diperlukan tubuh dengan sendiri .maka pemakanan yang kaya dengan lutein dan zeaksantin amat diperlukan.Lutein dan zeaksantin diperlukan oleh semua peringkat usia, kecil, muda atau tua.Satu penyelidikan membuktikan bahawa pengambilan minimum 30 mg lutein setiap hari dapat melambatkan proses penuaan hingga 40%. lantas membuatkan anda awet muda, terutama yang berhubungan dengan kesihatan mata. Beberapa penyelidikan menunjukkan, lutein dan zeaksantin juga baik untuk merendahkan risiko penyakit tumor dan kanser. Menurut penyelidikan oleh Judy D. Ribaya-Mercado, ScD dan Jeffrey B. Blumberg, PHD, FACN, pengambilan lutein dan zeaksantin juga dapat berfungsi sebagai antioksidan, menghalang pembentukan katarak pada mata, menurunkan risiko kanser payudara dan paru paru, serta menghalang stroke dan sakit jantung. Penelitian yang dilakukan oleh Nishino H dan kawan-kawan juga membuktikan tikus makmal yg diberikan permakanan tinggi zeaksantin mempunyai kadar rintangan tumor 4 kali ganda dari tikus yg tidak diberikan permakanan zeaksantin.

 source: http://intl.jacn.org/content/23/suppl_6/567S.full

JANGAN TAKUT KOLESTEROL

Banyak orang takut memakan telur, terutama telur puyuh, kerana beranggapan kadar kolesterolnya tinggi. Padahal hal anda tak perlu takut kerana kolesterol juga diperlukan oleh tubuh, asalkan tidak diambil berlebihan.sebagai timbal-balik, kita boleh memakan makanan yang dapat melawan  kolesterol dengan makanan yang mempunyai serat makanan (dietary fiber) yang tinggi, seperti sayuran, buah-buahan, dan bijirin, dalam jumlah banyak. Permakanan serat makanan yang disyorkan adalah antara 20-30 gram sehari.
Selain serat makanan, Pengambilan vitamin B kompleks juga dapat membantu menurunkan kesan buruk kolesterol. Dengan pengambilan 3-6 gram vitamin B kompleks setiap hari, kolesterol total dapat diturunkan sebanyak 15-20%, kadar trigliserida 45-50%, sedangkan kadar HDL ditingkatkan hingga 20%. Keperluan vitamin B kompleks ini dapat dipenuhi dengan mengambil 200 gram bijirin seperti roti gandum, beras perang (brown rice), ataupun oat setiap hari. Vitamin B kompleks juga berperanan untuk merangsang pembentukan
prostaglandin I2, yaitu hormon yang membantu mencegah penghasilan trombosit (sel yg membolehkan darah membeku sekiranya luka berlaku).Dengan demikian vitamin B kompleks dapat menyekat proses aterosklerosis (radang pembuluh darah) dan akhirnya menghindar kemungkinan  terjadinya serangan jantung. Vitamin C juga berperanan sangat penting untuk menurunkan kadar kolesterol dan trigliserida yang tinggi. Dalam metabolisme kolesterol, vitamin C berperanan meningkatkan kelajuan badan menyahbuangkan kolesterol. Ia dibuang dalam bentuk asid hempedu, meningkatkan kadar HDL, dan berfungsi sebagai bantuan pencernaan, sehingga meningkatkan pembuangan kotoran.Namun vitamin C akan berfungi pada orang yang mempunyai kolesterol dan trigliserida tinggi. Vitamin C juga berperanan penting dalam sintesis
kolagen. Kolagen adalah serabut(gentian) kuat dan merupakan jaringan ikatan yang penting bagi kulit, otot, pembuluh darah, dan bagian tubuh lainnya. Kehadiran vitamin C dalam pembentukan kolagen merupakan faktor positif untuk mencegah penyakit jantung koroner akibat kolesterol.Kadar vitamin C harian untuk orang dewasa ditetapkan sebanyak 75 mg untuk wanita dan 90 mg lelaki. Namun, keperluan akan meningkat sesuai dengan tubuh setiap orang. Vitamin E berperanan sebagai antioksidan penting yang dapat menghapuskan pengoksidaan LDL, sehingga dapat mencegah risiko penyakit jantung koroner. Hasil kajian di Medical Cener, Texas Southwestern university Amerika Syarikat,menunjukkan pengambilan 800 IU vitamin E setiap hari selama 3 bulan dapat menghalang pengoksidaan LDL sebanyak 40%. Satu lagi kajian terhadap 87.000 peserta di Harvard Medical Center menunjukkan bahawa pengambilan vit E sebanyak 100-250 IU setiap hari selama 2 tahun dapat menurunkan penyakit jantung hingga 41%. Pengambilan vit E yang baik untuk mencegah penyakit jantung sekurang-kurangnya adalah sebesar 100 IU setiap hari.Selain itu bersenam secara konsisten minimum 3x setiap minggu, membantu menurunkan risiko penyakit jantung akibat kolesterol.

 Jelas! kolesterol tidak perlu ditakuti bila pengambilan adalah secara cermat dan bijak. malah memberikan manfaat dan kebaikan keatas kesihatan anda.

Terima kasih

2 ulasan:

kongsi share berkata...

hai

kongsi share berkata...

๐Ÿ’Assalamualaikum slm sejahtera warga group๐Ÿ“ข
๐Ÿ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye๐Ÿ“ข๐Ÿ˜‰

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing manis dan jugak kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....

Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.๐Ÿ‘‰๐Ÿผ *En Mohd Zuhairi- 0174687570*

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺๐Ÿ‘๐Ÿป

3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....

5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


6) Bagi yang ada sakit *KENCING MANIS* pon boleh mendapatkan ubatan *paling mujarab* , termasuk *kencing* *manis* *kronik* seperti *kaki* *berlubang* dan *bernanah* *sehingga* *tidak* *perlu* *dipotong* .

Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .๐Ÿ’ช๐Ÿผ

Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
*Skg sudah sembuh dr kanser.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 *sekarang dh sembuh*
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 shaja *

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Rugayah Jilani -
Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- *sudah sembuh !*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- *sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
*En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..*

๐Ÿ‘๐ŸปIn sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain

๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ

*NOTE* :

Call order wasap@call- En mohd zuhairi- *0174687570*

๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)2009 .. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger

Related Posts with Thumbnails