berikut merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan ia menjadi sunnah buat umatnya yang dikasihi...amalan ini mampu menjadikan seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke arah ‘soleh wa musleh'...
1. senyuman...
Abdullah bin Al-Harist r.a. menuturkan, ertinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah S.A.W.” (Riwayat At-Tirmidzi)
2. dahulukan kanan...
Daripada Aisyah r.a., katanya: “Rasulullah S.A.W. lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi." (Hadis riwayat Muslim)
3. berpakaian...
Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda S.A.W. ialah pakaian Qamis.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
4. bercelak...
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
5. memakai cincin...
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah S.A.W. memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.)
6. makan...
Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah S.A.W. makan menggunakan
ketiga jari Baginda. Selepas makan Baginda menjilati ketiga-tiganya.”
(Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)
7. minum...
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah S.A.W. minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)
8. bersilaturrahim...

Rasulullah S.A.W. bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling
cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat
mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat
kebaikan dan menghubungkan tali silaturrahim, sedangkan yang paling
cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat
dan yang memutuskan persaudaraan.” (Riwayat Ibnu Majah).
9. berjalan...
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah S.A.W. berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
10. berkata...
Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah S.A.W. mengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
11. tertawa...
Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad S.A.W. hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi )
12. bergurau...
Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi S.A.W. menggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’” (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)
13. tidur...
Aisyah r.a. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah S.A.W. selalu menadahkan kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)
14. membaca al-Quran...
Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah S.A.W. membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah S.A.W. membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)
15. ibadah...
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah S.A.W. melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah S.W.T. telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang?” Baginda S.A.W. menjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)

0 ulasan:
Catat Ulasan