semalam ayah tak pegi keje sebab mc....ayah lenguh2 sendi tangan...sakit2 badan...pastu pening2 pale...sian ayah...pastu pegi klinik doktor cakap tekanan darah tinggi sangat...ayah memang ade darah tinggi.....sian ayah....td godek2 google ade jumpa pasal tekanan darah tinggi ni...jom kongsi2 ilmu...
tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent
killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda
symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang...sekiranya
tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.
faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut...
tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah....140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk
tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu...angka pertama
adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah
ke seluruh tubuh anda...angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan
ketika dalam keadaan rehat...
masalah tekanan darah tinggi?..sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah tip-tip berikut:
- kurangkan berat badan...ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan...kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor...
- bersenamlah dengan kerap...cuba untuk bersenam dalam
30-45 minit pada hari minggu...paling kurang pun 3-4x seminggu...pada masa
yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan...
- kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada
2.3g sehari...garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan
darah...kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada
makanan yang sudah dihidang....ingat: 1 teaspoon sudah pun mengandungi
2.3g!...
- jangan merokok...kesan nikotin rokok dapat tingkatan
tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam....jadi sekiranya anda
merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa....
- kurangkan stres....stres kerja, duit, kesesakan jalan
dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu....kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan
anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi....seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan....
- amalkan diet yang lebih baik....sudah tentu diet
seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah....berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
- ketahuilah keperluan kalori seharian anda....ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan....
- Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil....
- Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar...
- kawal kolesterol....biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan berkaitan dengan masalah kolesterol tinggi....pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat....
- pastikan ada sumber potassium dalam diet anda....ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah....pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati...
- kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.
- jangan leka...pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda...walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali...
0 ulasan:
Catat Ulasan