Pages

Memaparkan catatan dengan label cara rangsang minda anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara rangsang minda anak. Papar semua catatan

Khamis, 1 November 2012

tips baby pintar...cara rangsang minda anak kecil...



pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama kehidupan bayi adalah tempoh utama berlakunya proses pembelajaran...tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak...alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekelilingnye..bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting... 
kat bawah ni ada cadangan aktiviti menarik yang boleh dibuat bersama ngan anak2:

  • bertentang mata
    ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya...bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya...
  • bercakap-cakap dengannya
    walaupun reaksi yang di berikan berupa keliru ataupun hairan, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi...lama2 dia akan dapat menangkap rentak perbualan dan mengisi ruang kosong yang dibiarkan senyap itu...
  • susu badan
    jika boleh, beri susu badan dan lakukan selama mana yang anda boleh...berdasarkan fakta, kanak-kanak yang diberi susu badan mempunyai tahap kecerdasan tinggi...tambahan pula, susuan badan dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya...
  • jelirkan lidah
    kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah...ia menandakan kaedah penyelesaian masalah pada awal usia...
  • hasilkan buku binatang
    sekiranya melawat zoo, ambillah gambar haiwan kesukaannya untuk dijadikan album...kemudian, baca buku itu bersama si kecil sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi dan cerita haiwan...
  • geletek si bayi pada keseluruhan tubuhnya
    ketawa adalah langkah pertama dalam perkembangan humor bayi...per mainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak menjangka apa yang bakal berlaku...
 nak tau ape lagi aktiviti yang leh dilakukan?? click baca lagi kat bawah ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)2009 .. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger