Ha. gempak tak tajuk post ni ? sebenarnya pada 17 hari bulan bersamaan hari jumaat tu, Kami sekeluarga balik ke kampung tanpa plan. Mula2 tu memang nak balik, tapi kemudian tak jadi. sebab hari2 sebelumnya keadaan kesihatan yg tak mengizinkan menyebabkan plan asal untuk balik kampung dibatalkan. Namun pagi jumaat tu kesihatan kembali normal :D menyebabkan kami bergegas mengemas baju dan perkakas, dan terus balik ke kampung. hehehe. tu yg tajuk Balik kampung terjun. bertolak pukul 11:00. sampai dlm kul 2 ptg. sesudah solat, petang sikit bawak keluar django dan dminion. lama tak jumpa depa, nasib baik depa ingat lagi. tak patuk pun :D. lepas tu dalam pukul 5:30 petang, ayah,ibu dan wan pegi jogging2 keliling taman gunung rapat. siap kene follow dengan anjing lagi. anjing tu manja nak main kejar2 plak. nasib baik tuan dia datang ambil. hehe .
Malam pulak lepas solat jer seperti biasalah ibu dan ayah kalau balik kampung memang atuk dan wan bawak jalan2. best jer. pegi mydin meru. pegi cari kasut ibu. ayah dari dulu lagi nak beli dah kasut tu kat ibu. tapi ibu tak nak plak. kali ni ibu jadi nak kasut tu . kat mydin je plak ade . tapi warna merah dah takde stock. dapat warna oren. boleh lah :D sampai rumah dalam kul 10. sakan gak jalan.
Pagi sabtu tu pegi pasar besar. Atuk dengan Wan cari ketam dan lauk lain. balik dari pasar, Atuk dan Wan terus masak. tengahari tu kami makan nasi. sedap sangat kuah ketam makan dengan ikan keli goreng. Ayah tambah sampai 2 kali :D.
hari ahad pagi sebelum bertolak balik ke BBST, kami makan nasi dulu. Atuk masak sweetsour. makan je lah ayah dengan ibu. kekenyangan. sebelum balik tu, bawa bekal makan sekali :D ayam goreng masak sweetsour dan lauk ketam. terima kasih Atuk dan Wan. bertolak dalam pukul 9:30 pagi . dan sampai dalam pukul 12:30 petang. rehat dan tidur.
Masa bangun jer ibu pula tak berapa sihat. kesian kat ibu. terpaksa MC selama 2 hari. Ayah pun ambil AL . teman ibu kat rumah. Alhamdulillah ibu dah baik sikit. wafiy pulak demam. musim kot. Ayah dan Ibu risau skit kalau wafiy demam. Takut dengar cerita budak tarik sebab panas. setiap malam ayah dan ibu kunci jam setiap 1 jam bangun dan cek kepanasan wafiy. Alhamdulillah wafiy pun dah ok sikit.
Lupa nak tangkap gambar lain. sempat tangkap gambar django dan dminion jer. Jom kita tengok gambar django dan dminion. dah besar dah angsa2 tu.
Ibu tengah menuju ke tempat ayah duduk. |
Ibu tangkap gambar Ayah dengan Angsa2. |
Ibu tengah wasap dengan Wan. hihihi |
Good Angsa!. |
Dminion dengan angel wingnya. Django tunduk tanda hormat. cewah. |
ps: Plan hari sabtu konon nak pegi zoo taiping . Tapi tak jadi takut ramai orang. Mak Long kata nanti plan hari lain pegi ramai2. baru best. cari time bukan cuti sekolah. senang nak jalan2 :). Insyallah kalau pegi nanti akan di post di blog ni .
0 ulasan:
Catat Ulasan