Pages

Rabu, 22 Januari 2014

kreativiti wafiy...


arini ibu nak cite pasal wafiy...umur wafiy skang ni dah nak masuk 2 tahun 3 bulan...cara wafiy bermain ngan permainan die pun dah banyak beza...dah makin berkembang otak wafiy...hehe...mainan yang wafiy paling suka adalah mainan lego die tu & patung dinasour tu...

kalau dulu wafiy kalau main lego die tu asyik dok balik2 jer cam ibu cite kat sini....lama pastu dah pandai sambung2 kan plak lego tu...ade gak ibu cite kat sini dan sini.....lama pastu ade lak skill baru yang wafiy tunjuk dalam bermain lego die....wafiy dah leh jd kontraktor dah...ibu ade cite beberapa hari lepas kat entry sini....makin maju ke depan kan...hehehe...

baru semalam lak wafiy tunjukkan lagi kretiviti die dalam bermain lego tu...mase tu ibu & ayah tengah tengok tv & wafiy cam biase main ngan lego die...tibe2 wafiy cakap ''ibu...ibu...tengok ni''...ibu pun tengok lah & ibu pun terus berasa kagum & bangga ngan kretiviti wafiy tu...terus ibu panggil ayah utk tengok skali pastu amek hanset & amek gambar...hahaha...jom tengok gambar kretiviti wafiy tu...

ha...nampak x ape yang membatkan ibu rase kagum??...
ade tu siap ade mate lagi....hahaha...
comel lak jdnyer dinasour tu....
pale dinasour yg ni besar sikit...xmuat masuk dlm lego tu...:p
wafiy berposing ngan hasil rekaan nyer...bravo..bravo...
tu lah antara yang wafiy leh wat skang...mmg kreatif sungguh kan...hehe...ibu & ayah pun xpenah terpikir nak wat camtu....

tu je kisah untuk arini...sekian...babai...



Balik kampung terjun



Ha. gempak tak tajuk post ni ? sebenarnya pada 17 hari bulan bersamaan hari jumaat tu, Kami sekeluarga balik ke kampung tanpa plan. Mula2 tu memang nak balik, tapi kemudian tak jadi. sebab hari2 sebelumnya keadaan kesihatan yg tak mengizinkan menyebabkan plan asal untuk balik kampung dibatalkan. Namun pagi jumaat tu kesihatan kembali normal :D menyebabkan kami bergegas mengemas baju dan perkakas, dan terus balik ke kampung. hehehe. tu yg tajuk Balik kampung terjun. bertolak pukul 11:00. sampai dlm kul 2 ptg. sesudah solat, petang sikit bawak keluar django dan dminion. lama tak jumpa depa, nasib baik depa ingat lagi. tak patuk pun :D. lepas tu dalam pukul 5:30 petang, ayah,ibu dan wan pegi jogging2 keliling taman gunung rapat. siap kene follow dengan anjing lagi. anjing tu manja nak main kejar2 plak. nasib baik tuan dia datang ambil. hehe .

Malam pulak lepas solat jer seperti biasalah ibu dan ayah kalau balik kampung memang atuk dan wan bawak jalan2. best jer. pegi mydin meru. pegi cari kasut ibu. ayah dari dulu lagi nak beli dah kasut tu kat ibu. tapi ibu tak nak plak. kali ni ibu jadi nak kasut tu . kat mydin je plak ade . tapi warna merah dah takde stock. dapat warna oren. boleh lah :D sampai rumah dalam kul 10. sakan gak jalan.

Pagi sabtu tu pegi pasar besar. Atuk dengan Wan cari ketam dan lauk lain. balik dari pasar, Atuk dan Wan terus masak. tengahari tu kami makan nasi. sedap sangat kuah ketam makan dengan ikan keli goreng. Ayah tambah sampai 2 kali :D.

hari ahad pagi sebelum bertolak balik ke BBST, kami makan nasi dulu. Atuk masak sweetsour. makan je lah ayah dengan ibu. kekenyangan. sebelum balik tu, bawa bekal makan sekali :D ayam goreng masak sweetsour dan lauk ketam. terima kasih Atuk dan Wan. bertolak dalam pukul 9:30 pagi . dan sampai dalam pukul 12:30 petang. rehat dan tidur.

 Masa bangun jer ibu pula tak berapa sihat. kesian kat ibu. terpaksa MC selama 2 hari. Ayah pun ambil AL . teman ibu kat rumah. Alhamdulillah ibu dah baik sikit. wafiy pulak demam. musim kot. Ayah dan Ibu risau skit kalau wafiy demam. Takut dengar cerita budak tarik sebab panas. setiap malam ayah dan ibu kunci jam setiap 1 jam bangun dan cek kepanasan wafiy. Alhamdulillah wafiy pun dah ok sikit.


Lupa nak tangkap gambar lain. sempat tangkap gambar django dan dminion jer.  Jom kita tengok gambar django dan dminion. dah besar dah angsa2 tu.





Ibu tengah menuju ke tempat ayah duduk.
Ibu tangkap gambar Ayah dengan Angsa2.

Ibu tengah wasap dengan Wan. hihihi

Good Angsa!.

Dminion dengan angel wingnya. Django tunduk tanda hormat. cewah.


ps: Plan hari sabtu konon nak pegi zoo taiping . Tapi tak jadi takut ramai orang. Mak Long kata nanti plan hari lain pegi ramai2. baru best. cari time bukan cuti sekolah. senang nak jalan2 :). Insyallah kalau pegi nanti akan di post di blog ni .

Khamis, 16 Januari 2014

kontraktor kecil...


kontraktor kecil yang ibu nak cite arini bukan nyer kontraktor kecil kelas F tu...ni memang betul2 kontraktor kecil ni...kontraktor ni telah bina banyak bandar2 dengan bangunan yang sangat mengagumkan....salah satu bandar yang telah dibina adalah bandar jepun...siap skali dengan dinasour a.k.a raksaksa...tinggal otomen je yang xde lagi...

ade juga bandar di atas jambatan yang telah dibina oleh kontraktor kecil ni...memang berbakat...hehe...jom tengok gambar2 yang telah diambil sebagai bukti...

ni lah die kontraktor yg dimaksudkan...bersedia nak pegi keje...
bandar jepun dalam pembinaan...
tadaa...siap dah bandar jepun...tp raksaksa dah jatuh lak :p...
bergambar dengan hasil binaan...
ni lak pembinaan untuk bandar atas jambatan...
tada....baham yg digunakan same je...tp kali ni ade kelip baju lak...
sekian untuk entry kali ni...babai...

Projek Eraman Seterusnya

Telur ayam piru kali ini berbenih

Sekali lagi cubaan mengeramkan telur ayam piru oleh encik Akmal dibuat oleh kami. Percubaan pertama tak menjadi kerana ayam piru itu baru pertama kali bertelur dan telur2nya tiada benih. Kali ini alhamdulillah, nampak gayanya ok, sebab setelah disuluh, telur2 tersebut menunjukkan pembesaran yg sihat. Terima kasih kepada Ibu sebab tak penat mengolek2kan telur :D.

Jangkaan menetas adalah selama 28 hari. untuk projek eraman kali ini, incubator kuning digunakan kerana lebih baru dan lebih besar. memandangkan saiz telur ayam piru kali ini juga agak besar.

Harap2 menjadilah semuanya. Semoga berjaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)2009 .. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger