Pages

Selasa, 23 Julai 2013

Wafiy Dapat Katil Baru

Memang Ayah dan Ibu dah terfikir nak beli katil untuk wafiy. memang dah cadang lama dah. Ayah pernah berniat nak beli katil single bed walaupun wafiy kecik lagi. alasannya kononnya boleh pakai lama. pastu memang nak beli warna kayu gelap. pastu nak dijadikan cerita. satu hari di hari puasa .. cewah .. time tu ayah turun dengan wafiy nak pegi pejabat pos untuk ambil barang Ibu. tiba-tiba ayah nampak ada orang buang katil . bila ayah pegi dekat2. tengok2 katil tu elok lagi. takde cacat cela. warna pun memang kena. dan memang solid wood seperti yg ayah dan ibu suka. jadi ayah pun bergegas naik atas. letak wafiy dalam cot kejap. ayah turun pegi amik katil tu. bayangkan lah bertapa gagah nyer ayah ( perasan jer ) angkat katil naik tangga bertingkek tingkek di bulan ramadhan. sampai ke kat atas. penat yang teramat sngat. baru angkat katil dah penat. apara.

Tak menyempat nyempat ayah wassap ibu bagitau yang ayah jumpa katil orang buang. rupanya ibu dah jumpa dulu. tapi ibu lupa nak bagitau ayah. memang berjiwa " the pickers" lah ibu ni hehehe. masa bawak naik tu . rupa2nya katil tu tak cukup 1 skru. Mungkin sebab tulah pemiliknya buang. atau pun mungkin pemilik dia dah dapat katil king size maka single bed dilupakan. Wallahualam. ape pun yg penting Ayah dan Ibu dapat katil free hehe..

Selesai jer berbuka . Ayah terus pegi kedai perabot kat taman seroja. Sekali orang perabot tu kata " ada .. ada .. berapa banyak mau ?" sebijik je . dia pun bagi. free jugak. haih semua free je bulan ramadhan ni . rezeki di mana mana. lepas berterima kasih, ayah pun balik lah ke rumah. sampai je kat rumah terus lah kami sekeluarga sambungkan katil tu. Wafiy pun tolong. tapi tolong menyebuk  jelah seperti biasa hahaha.

ha habis dah cite. jom tengok gambar plak.

beginilah rupanya katil yg baru dipasang tu. macam baru kan?

bila ada katil maka ada lah tilamnya hehe. siap shadar lagi.

wafiy dan katil barunya. muka suka ke tak suka tu ?  ntah la

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)2009 .. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger

Related Posts with Thumbnails