Oleh Routermen dan Ruffleen Potter
Barang2 yg diperlukan sebelum memulakan process penetasan :-
1 Incubator forced Air (yg bersih) yg dapat menempatkan saiz telur angsa yg agak besar
1 bekas air dalam incubator untuk tujuan humidity
1 Incubator styrofoam yg bersih
1 Penyembur Air
1 Spray Alcohol tangan untuk sanitizer
1 keping kecil kertas pasir yg sangat halus untuk membersihkan telur
1 set telur angsa yg dipastikan mempunyai benih. ( kami mengunakan dalam 5 biji )
Mula2 pasang incubator anda dan pastikan julat suhu adalah diantara 37.5C hingga 37.9C. Sementara itu sembur tangan anda dengan Spray alcohol untuk memastikan tangan anda tiada bacteria.pastikan tangan sudah kering dari alcohol dan bersihkan telur telur angsa tersebut dengan perlahan2 dengan kertas pasir. kemudian susun didalam incubator dengan jarak 2 inci berjauhan antara satu sama lain. (bertujuan untuk pengudaraan yg baik). Perhatikan incubator anda setiap 1 jam dan pastikan julat suhu
tidak melebihi 38 darjah celcius kerana ini boleh menyebabkan benih didalam telur mudah mati. letakkan semalaman dan jangan digolek. Pastikan juga ruang udara incubator tertutup sepenuhnya. Pastikan Humidity didalam incubator diantara 60 (mimimum) - 70 (maximum).
Sediakan satu lagi incubator
styrofoam set tahap suhu juga pada 37.5 - 37.8C. Isi kan penyembur air
dengan air suling/ air tapis. Pastikan tidak mengunakan air paip yg
berklorin. kemudian letakkan didalam incubator ini. biarkan air mengikut suhu incubator.
Pada hari berikutnya. mulakan jadual menggolek telur angsa ( miminum 3 kali sehari). Kami memilih mengolekkan telur pada pukul 7 pagi . 6 petang dan 10 malam kerana memudahkan anda yg bekerja untuk meluangkan masa untuk menggolek.
PASTIKAN ANDA MENGGOLEK TELUR ANGSA DENGAN TEKNIK YANG BETUL. yakni mengangkat dari hujung telur yg lebar dan golekkan 180 darjah ke arah yg bertentangan. sila rujuk jadual di bawah.ikut rutin ini hingga hari yg ke 4.
ps: jangan lupa sembur tangan dengan alcohol dan tunggu hingga kering setiap kali sebelum memegang telur
|
pastikan hujung yg lebar digolek dari kiri ke kanan dan bukan mengereng.
|
Pada hari yang ke 4. ikut semua rutin seperti diatas. cuma bezanya. pada pukul 6 petang. sebelum menggolek telur, sembur telur tersebut dengan penyembur air yg diambil dari incubator satu lagi. pastikan seluruh kawasan telur diselaputi air. kemudian golekkan telur dan ulangi semburan pada kawasan yg tidak basah. lakukan pada semua telur. Teruskan rutin ini hingga akhir tempoh incubation.Naikkan suhu incubator apda julat 37.8 - 38C.
Pada hari ke 10. Anda boleh melihat urat2 darah sudah kelihatan. Sila rujuk rajah di bawah. Sekiranya pada hari ke 10 tiada urat darah kelihatan. kemungkinan besar telur angsa anda tiada benih. Keluarkan dari incubator telur2 yg tiada benih kerana ditakuti akan busuk dan meletup didalam incubator jika dibiar lebih lama. Ulangi rutin seperti biasa . Buka ruang udara incubator sebesar 25 peratus.
|
Telur angsa pada hari ke 10. kelihatan pembuluh darah dan kantung udara.
|
Pada hari ke 15. Buka ruang udara incubator sebesar 50 peratus. Ulangi rutin seperti bisa. Pastikan julat suhu pada 38C. jangan lebih. selepas hari ke 16, mula kurangkan julat suhu secara berperingkat balik ke julat suhu 37 - 37.5C.
Hari ke 20. Lakukan rutin seperti biasa. turunkan julat suhu pada kadar 36.5 - 37C. pada saat ini, embrio dalam telur angsa telah mengeluarkan haba sendiri. serta mengurangkan suhu pada waktu ini membantu pembentukan metabolisma yg baik bagi embrio dan kelak penetasan anak angsa yg sihat dan kuat ( macam milo plak ). Telur Angsa akan kelihatan seperti berikut. Buka ruang udara incubator pada 75 peratus.
|
telur kelihatan separa penuh dan pembentukan embrio yg amat sihat.
|
Hari ke 27. Mula Tingkatkan humidity dalam incubator pada tahap 80 peratus. sembur ruang incubator dengan air semburan untuk menjaga peningkatan humidity. tingkatkan humidity dengan mengunakan bekas air dalam incubator yg lebih besar. sambung rutin sembur seperti biasa.
Telur tidak perlu digolek lagi . Buka ruang udara incubator pada 100 peratus.
|
keseluruhan telur telah penuh. telur kelihatan gelap jika disuluh.
| | |
|
Hari ke 30. Selalunya angsa sudah menebuk dan akan menetas. Pastikan humidity ditingkatkan pada 85 - 90%. saat saat gembira menanti anda. Pastikan anda tidak menyembur air pada bahagian yg ditebuk bagi
mengelakkan anak angsa mati lemas.
Tips tips lain yg perlu di ingatkan.
Kedudukan telur dalam incubator mestilah condong sedikit. Ini adalah untuk mengreplikasi keadaan sebenar telur angsa berada di alam sekitar. sila rujuk rajah di bawah.
| |
pastikan telur sentiasa condong dibahagian tirus ke bawah pada anggaran 30 Darjah.
|
|
Pastikan telur mendapat rehat sebanyak 10 - 15 minit sehari. (Rehat ini boleh diklasifikasikan sebagai tahap incubator anda menutup kehangatan dan kembali menghangat. Pastikan incubator tidak melebihi 38 darjah celcius walau sekali ).
Selamat Mencuba. Kami mengikuti kaedah ini dan peratus penetasan kami adalah 100 % penetasan.
|
hasil penetasan angsa kami. Alhamdulilah :D | |