Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai 4 orang
isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan
kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk
isteri keempatnya itu.
Pedagang itu juga mencintai isterinya yang
ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha
untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun
dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan
lelaki yang lain.
Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya.
Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila
masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta
pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu
menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.
Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan
yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga
ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami.
Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri
pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu
memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa
untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua
kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, “Saat ini, aku punya empat
orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa
menyedihkan jika aku harus hidup sendiri. Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya
pada isteri keempatnya,
“Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau
gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?” Isteri keempatnya terdiam.
“Tentu ! saja tidak!” jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu
sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati
seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.
Kemudian,pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri
ketiganya, “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan
berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?”.
Isteri ketiganya menjawab, “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah
lagi jika kau mati”. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri
ketiganya itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, “Aku selalu berpaling
padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku.
Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut
dan mendampingiku?”
Si isteri kedua menjawab perlahan, “Maafkan aku…aku
tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan
kubuatkan makam yang indah buatmu.” Jawapan itu seperti kilat yang
menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, “Aku akan tinggal denganmu. Aku akan
ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia
bersamamu.” Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati
isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu
kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."
Teman, sesungguhnya kita memang mempunyai 4 orang isteri dalam hidup ini;
-ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak
waktu dan belanja Yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak
indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita
meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita
menghadapNYA.
-ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan
kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka
akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.
-ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan
kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya
sampai kuburla mereka akan menemani kita. DAN SESUNGGUHNYA…
-ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin
kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan
peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu
untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah.
Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak. Jadi, selagi
mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita
menyesal kemudian hari…
0 ulasan:
Catat Ulasan