Pages

Isnin, 29 Julai 2013

tak nak bangun...


kejadian ni berlaku semalam...ibu & ayah tengah masak untuk berbuka semalam...wafiy lak main kat ruang tamu...tetibe terdengar bunyi benda jatuh...pastu ade suara kecik cakap ''angun...angun''...pastu diam jap...pastu dengar lagi ''angun...angun''....ibu pun pelik lah, ape lak yang die suruh bangun tu....nak tau ape?...jom tengok gambar bukti kat bawah ni....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
inilah bendanyer yg wafiy suruh bangun...hehe...
angun....angun....
xleh nak suruh bangun ikut kepala...try kat kaki lak...
biskut kat tangan sebelah tu tetap xlepas...
pastu ibu tanye...''nape wafiy?''...pastu wafiy jawab ''tak nak angun...tak nak angun''...tergelak ibu & ayah...mane lah benda tu leh bangun sindri...wafiy...wafiy...
 

Selasa, 23 Julai 2013

Hari yg ditunggu telah tiba

Ha. Kan haritu ada post tentang kereta ibu tukar kasut? tak baca ? ha pi baca dulu di sini . Ok hari yang di tunggu2 telah tiba. Hari tu hari rabu. pukul 3 petang Ayah call bengkel dah siap ke belum kasut baru kereta ibu tu. bengkel cakap dah siap. Ayah pun bagitau lah kat ibu. Ibu kata nanti balik kerja terus pegi. Maka kami pun bertolak ke bengkel dalam pukul 5:40 ptg. Boleh pulak nak jadi cite time nak pegi bengkel kat chempaka tu , tiba2 terus je ke arah Salak Tinggi. hahaha . Ibu dengan Ayah tak perasan pun. sembang sakan sangat. hadoi.

So kena lah kona balik. (masa kona tu nampak ada orang buang pintu kayu solid wood. sempat lagi berjiwa "the pickers" tu hrmm).  So kami sampai kat bengkel tu kurang lebih pukul 5:50 lah. Depa pun mulakan lah aksi menyabut tayar. Tengah2 cabut tu kelibat rim yg dah dicat tu tak nampak2 jugak. ayah pun jenguk2lah. sebab dalam hati budget mesti warna dia dah lari dari asal. tiba2 cina bengkel tu kata. "you punya lim ( rims) manyak cantek woo . mari mari saya tunjuk sama you". Sekali dia tunjuk. fulamak. mmg kena lah dengan warna asal. macam baru lah . Ibu pun suka. wafiy pun suka. tokey kedai bengkel tu lagi suka ( sebab dapat duit). Selesai pasang rim baru pada pukul 6:30 cam tu. laju gak lah bengkel ni wat keje. ha jom tengok gambar.

inilah dia kasut baru kereta ibu. Warna asal jugak. berkilat tu

Namun sebiji je gambar yg clear. gambar lain gelap. maklum lah masa tangkap gambar pun dah lewat malam. Walaubagaimanapun cerita ni tak selesai di situ saja. nantikan sambungannya... jeng jeng jeng ..

Wafiy Dapat Katil Baru

Memang Ayah dan Ibu dah terfikir nak beli katil untuk wafiy. memang dah cadang lama dah. Ayah pernah berniat nak beli katil single bed walaupun wafiy kecik lagi. alasannya kononnya boleh pakai lama. pastu memang nak beli warna kayu gelap. pastu nak dijadikan cerita. satu hari di hari puasa .. cewah .. time tu ayah turun dengan wafiy nak pegi pejabat pos untuk ambil barang Ibu. tiba-tiba ayah nampak ada orang buang katil . bila ayah pegi dekat2. tengok2 katil tu elok lagi. takde cacat cela. warna pun memang kena. dan memang solid wood seperti yg ayah dan ibu suka. jadi ayah pun bergegas naik atas. letak wafiy dalam cot kejap. ayah turun pegi amik katil tu. bayangkan lah bertapa gagah nyer ayah ( perasan jer ) angkat katil naik tangga bertingkek tingkek di bulan ramadhan. sampai ke kat atas. penat yang teramat sngat. baru angkat katil dah penat. apara.

Tak menyempat nyempat ayah wassap ibu bagitau yang ayah jumpa katil orang buang. rupanya ibu dah jumpa dulu. tapi ibu lupa nak bagitau ayah. memang berjiwa " the pickers" lah ibu ni hehehe. masa bawak naik tu . rupa2nya katil tu tak cukup 1 skru. Mungkin sebab tulah pemiliknya buang. atau pun mungkin pemilik dia dah dapat katil king size maka single bed dilupakan. Wallahualam. ape pun yg penting Ayah dan Ibu dapat katil free hehe..

Selesai jer berbuka . Ayah terus pegi kedai perabot kat taman seroja. Sekali orang perabot tu kata " ada .. ada .. berapa banyak mau ?" sebijik je . dia pun bagi. free jugak. haih semua free je bulan ramadhan ni . rezeki di mana mana. lepas berterima kasih, ayah pun balik lah ke rumah. sampai je kat rumah terus lah kami sekeluarga sambungkan katil tu. Wafiy pun tolong. tapi tolong menyebuk  jelah seperti biasa hahaha.

ha habis dah cite. jom tengok gambar plak.

beginilah rupanya katil yg baru dipasang tu. macam baru kan?

bila ada katil maka ada lah tilamnya hehe. siap shadar lagi.

wafiy dan katil barunya. muka suka ke tak suka tu ?  ntah la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)2009 .. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger