Bila PKP ni mcm2 lah barang tak cukup. so bila ko nak masak pun banyak barang tak cukup. jadi resepi ni untuk golongan2 yg tak cukup barang. ala kadar je . janji boleh makan udah ler.
Nasi tomato Salam
-----------------
bahan2 nasi.
4 cup beras herba ponni
5.5 cup air
1/2 cup susu full cream fresh
daun salam 3-4 helai. kalau besar 2 helai cukup
4 sudu besar bawang holand( satu labu sedang2 dikisar dengan 2 ulas bawang putih)
minyak 5 sudu besar
tomato besar 1/2 di bakar kulit. kemudian dibuang kulit. potong dadu
3 sudu besar sos tomato magi
1 inci kulit kayu manis
3- 4 bunga cengkih
garam secukup rasa, jgn masin sangat sebab kuah nanti nak masinkan sikit.
cara2. basuh beras. tos kan
panaskan minyak . tumis bawang kisar dgn bawang putih tadi. daun salam. . bunga sengkih . kulit kayu manis
dah naik bau dan wangi. bubuh beras . bubuh tomato potong dadu tadi. panaskan dalam 2 minit. kacau2.
letak susu . letak air. kemudian masak atas api . api besar . kejap2 kacau .bila air dah nak kering skit. api kecik. kemudian tutup dan tunggu 7 minit
------------------------------
ayam goreng.
bahagian kepak dan drum stick.
anggaran 8 kepak dan 8 drumstick
drum stick di kelar supaya senang masak.
goreng garam dan kunyit.
biar dah masak. jangan bagi garing sangat .sebab nak bagi masak dalam kuah masak merah.
----------------------------------------------------
kuah masak merah nasi tomato salam.
serbuk ayam masak merah seri aji ( bungkus besar )
cili sos magi 5 sudu besar + air
1 sudu besar sos tiram
3 ulas besar bawang putih. di penyek
1/2 labu tomato.
2 sudu besar minyak yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi
garam 1 sudu teh. gula 3/4 sudu makan.
bancuh serbuk ayam masak merah seri aji dengan air. bajet dalam 3 gelas teh mamak.
panaskan minyak.
tumis tomato dengan 3 ulas besar bawang putih. penyek2 tomato tu kasi hancur. tunggu sampai tomato masak.
bubuh sos cili magi. dengan 1 gelas air.
biar renih.
bubuh sos tiram.
kacau2. renih skit
pastu bubuh bancuhan serbuk ayam masak merah. letak garam dan gula
masukkan ayam goreng.
kecilkan api. biar atas api dlm 15 min. skali skala kacau2.
siap dah . boleh makan