Pages

Rabu, 27 Januari 2016

Mior Ali Imran Bin Mior Ahmad Khairi Bin Mior Hamzah Bin Mior Hashim

Panjang kan nama Mior Ali Imran. bukan panjang namanya. tapi panjang bin bin nya. kira sampai Onyang lah . sebenarnya ada lagi tapi panjang sangat karang tak tertulis pulak hehe.

30 haribulan 12, 2015 , tepat pukul 6 pagi. Selepas subuh. Ayah dapat watsap dari Ibu 20 minit kemudian. Ibu tulis.

" bang... Noor dah bersalin dah bang"

Tapi sebelum tu mari kita back to the future 10 jam sebelum. lebih kurang pukul 8 malam, 29 hari bulan 12, 2015.

Ayah baru sampai rumah. Ibu bagitau ada tanda. Mula2 tu tak berapa confirm sangat sebab ikut due date lagi 3 minggu sepatutnya Mior Ali Imran lahir. siap nak pegi klinik je untuk cek. dalam hati Ayah , rasa takde ape2 kot. mungkin false alarm. Ibu pun kata takde sakit ape pun. ( siap plan kononnya minggu lagi satu nak balik Ipoh lagi.) tapi disebabkan Klinik lambat sangat sebab orang ramai giler, Ibu dan Ayah fikir baik pegi spital je. Ibu watsap Mak Long bgtau nak pegi spital. Pak Long ngan Mak Long pun tolong hantarkan naik keter. Ayah naik motor. ikut dari belakang. wafiy pun ikut gak. sampai kat spital dalam kul 10:30 mlm.

Tapi Ayah still rasa false alarm. sebab 3 minggu lagi due date. so Ayah bajet dalam kul 12 ke kita kene balik lah. tapi 12:30 mlm tu Doc cakap dah ada pembukaan . maknanya mmg nak keluar jugak lah Ali Imran ni. tak nak tunggu tahun 2016 hehe.

Pak Long ngan Mak Long bawak balik wafiy dulu. wafiy pun dah terlentok2. Nasib baik Ibu dah prepare beg dan barang2 semua. so masa pegi spital tu mmg bawak skali. Jadi takde lah tergelabah sangat. Ayah tunggu kat luar. Ibu kat dalam lagi. sambil2 tu dok sembang ngan ibu melalui watsap lah.

Sejuk nya spital malam2 buta ni. Takde orang kot. tu yg mcm peti ais tu. kehulu kehilir. melilau2 . kejap baring kat kerusi. kejap pegi toilet. kejap masuk balik tempat tunggu wad bersalin bidan terjun ( wad bersalin utama renovate. so depa bukak wad bersalin bidan terjun lah ).

elok pukul 6 pagi tu, Ayah pegi solat subuh dekat tingkat 1. habis solat subuh tu ayah baring kejap kat surau. tiba2 dapat watsap dari Ibu. ha.. macam tu lah ceritanya beberapa jam sebelum Mior Ali Imran lahir ke dunia ni.

Ok. time untuk gambar plak.



dlm labor room lagi. baru keluar

lihatlah stokingnya yg panjang

semua kenderaan sila ikut kanan. mcm polis trafik plak



kalau rasa gembira angkat tangan

berehat di tepi pantai. acah je. tepi tingkap je

akak Wafiy dan adiknya Imran

oppa gandam style.

to delef to delef

ape tengok2.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)2009 .. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger