Pages

Isnin, 9 Mac 2015

gummy bear...


antara video kegemaran wafiy dr kecik sampai lah skang...gummy bear...gaya tarian wafiy pun akan same dari dulu sampai sekarang :D

01/10/2012 & 01/03/2015
dua gambar pada tahun berbeza tapi tgh tgk video yang same....perasan x bj tu same je...hehe...muat lg wafiy pakai bj tu...

dah tgk gambar kan...skang bandingkan video kat bawah ni lak...tgk ape persamaan nyer...



dah tau ape persamaan die kan...hehe...

Ahad, 8 Mac 2015

the return to bagan lalang

Sabtu, 7hb 3 2015, Bagan Lalang, Selangor Darul Ehsan. pukul 5:30 ptg. Kami telah sampai ke pinggiran Selat Melaka. Hari cerah. Tak berapa panas dan tak berapa sejuk. Air laut masih segan untuk mampir. masih belum singgah ke pinggiran pantai walaupun air semakin pasang. jarak antara laut dengan treshold pinggiran air pasang adalah dalam lingkungan 1 kilometer. Namun air pasang begitu pantas. kelihatan buih2 laut seakan2 belayar bersama2, merapat dan anak2 ketam seperti beriang ria berlari2 bersama air pasang menuju ke pinggiran.

Masa inilah kami sekeluarga mula menyauk anak ketam. banyak gak yg dapat. tapi lebih banyak yg terlepas. ada gak ketam yg dah mati. hanya tinggal kulit. telah dicarnibalized oleh sedara mara ketam agaknya. Kenyang. lumrah hidup di laut agaknya. musibah hidupan lain adalah anugerah bagi yg lainnya.

 Ini rasanya 1st time wafiy memijak air laut. kalau tak salah lah. ke di pantai portdickson ? entah. Ibu tahu kot hihihi. betul ke salah yer ibu ? apa pun wafiy amat gembira bermain air dengan ibu dan ayah. terjerit2 ketawa. kejap2 gelak. kejap2 sepak2 air. wafiy wafiy ..

Keterujaan Wafiy terbantut. sebab mula terpijak daun2 reput dalam laut. menangis2 wafiy ketakutan sebab wafiy takut ketam. barangkali daun2 tu wafiy ingatkan ketam. ya ketam, ketam yg akan mengigit kaki wafiy hahahaa .  lepas kejadian wafiy melihat ketam di pasar malam tempohari, wafiy dah fobia dengan ketam. Ibu bawak wafiy jalan2 atas pasir pantai je . Ayah je tak habis2 lagi nak tangkap ketam.

Penat mencari ketam. datang pula motosikal menjual aiskrim. seketul rm 2. wah. cepatnya masa berlalu. dulu2 aiskrim macam ni harga tak sampai 50 sen. barangkali inflasi kita dah 4 kali ganda. Hrmmm.

Kami duduk kat tepi pavement jalan. Tak ada dah tempat duduk atau pondok riadah. Dah dimamah cuaca dan angin laut agaknya. dulu rasanya masih ada peralatan riadah disediakan. tapi takpelah. masih best jugak. angin laut sebelum senja mendayu2. Memukul muka dengan kedinginan membawa khabar hari dah nak menutupkan tirainya. Memang pantai memberikan satu bentuk ketenangan yg luarbiasa. Terpukau melihat kilauan keemasan di tengah lautan. Pantulan cahaya matahari yg hampir terbenam di ufuk.

Sebelum hari melabuhkan tirainya. kami pun pulang. Selamat tinggal bagan lalang. sehingga ketemu lagi.

Ibuuu..  Wafiyyyy.. tunggu ayah.

Ape tu Ibu? tanya wafiy kat ibu dia

Aisey. cam mane nak simpan ketam ni. bekas takde plak

Rabu, 4 Mac 2015

belajar menulis...


alhamdulillah...wafiy dah boleh menulis sikit2 walaupun hanya garisan je...ibu print tulisan putus2 banyak2 & ajar wafiy menulis...belajar dulu cara pegang pensel & ikut garisan putus2 tu...bile dah terer nanti baru leh belajar tulis ikut huruf lak...

tekun menulis smpi tertunduk2...
belajar rajin2 eik...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)2009 .. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger