Isnin, 20 Mei 2013
Allah selamatkan Noor Azleen
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat isteri abang yg tercinta lagi disayangi beribu ribu kali. Kesempatan ini abang ingin mengucapkan selamat harijadi kepada isteri abang sorang ni :D . Maaflah kehadiran blog post ni agak lewat kerana tugasan yg menimbun2 pada pagi hari. dah nak kepetang baru boleh tulis. aiseymen. Harini tak sempat abg nak sambut besday noor sebab abg bertugas sehari suntuk. sian noor duduk ngan wafiy. besok kita sambut yer :D . Walau apa pun terima kasih diucapkan pada Ayah dan Mak jamu kami nasi ayam semalam. sedappp. sampai bawak bekal untuk pagi ni hehe..
Berikut adalah beberapa kata kata dari penaja buat hari yg isitimewa ni :-
Semoga Noor dikurniakan umur yg panjang serta diberkati Allah swt.
Semoga Noor dikurniakan rezeki yg halal dari semua penjuru, mahupun dari tempat yg tidak diduga.
Semoga Noor ada kuasa superman. takde la penat nak naik tangga tinggi rumah kita tu.
Semoga Noor dapat kereta mini cooper S satu hari nanti. insyallah.
Semoga Noor dapat rumah corner lot . nanti boleh bela angsa *thumbs up*
Terima kasih jadi Isteri abang. kalau tak , boring la abg duk sorang2 takde noor ngan wafiy.
Terima kasih sebab puji masakan abg . walaupun masakan abg tak sedap . hahaha ..
Terima kasih slalu ikut mana saja abg pegi. tak pernah komplen :D
ada banyak lagi nak tulis. tapi yg paling nyata sekali , terima kasih noor kerana jadi seorang Isteri yg baik, Ibu yang baik dan kawan yang baik. Ya Allah , satukan lah ikatan kami sekeluarga hingga akhirat. aminn...
0 ulasan:
Catat Ulasan