Pages

Isnin, 15 Julai 2013

Berbuka Ala Kadar.

Simple je lauknyer.


Berbuka Alakadar. Kalau berbuka di rumah, selalunya menu kami sekeluarga tak lebih dari 2 jenis lauk. Melainkan kalau berbuka di rumah atuk dan wan di enstek, memang meriah la lauk pauknyer :D. Apa pun memang nikmat di bulan puasa. Makanlah apa pun masa berbuka, insyallah sedap je tekak menerimanya. Air kosong pun rasa sedap sangat. ini kan pula air sirap. hehe. Selalunya bila masak lauk dan nasi, mesti akan lebihkan sikit untuk sahur. Cuma hari ni ayah sahur dengan telur goreng jer di ofos. bukan sebab takde lauk lain, tapi sebab lupa rupanya ada lauk ayam goreng. adoi . ape la nasib . takde rezeki sahurlah tu . takpe nanti berbuka boleh makan hehe ..

Dengar cerita ibu dan wafiy nak berbuka di enstek hari ni. Wah bestlah. makan elok2 yer ibu. Nanti balik dari enstek hati2 yer. Rasa best jer time bulan puasa ni. Lapar tak sangat. cuma penat dan dahaga jer. Gembira jer bila nak berbuka. rezeki melimpah ruah. Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa. Jangan lupa sahur sebelum subuh. jangan pulak korang sahur sebelum zohor. tu namanya nak kene ketuk kepala hehe.

Kereta Ibu Tukar Kasut

Ha. Mesti anda pelik kan dengan tajuk di atas. Sebenarnya Kereta Ibu bukan tukar kasut. Tapi tukar sport rims sementara waktu. Sebabnya Sportrims kereta dah dihantar ke kedai untuk dibakar dan di cat semula. Ini adalah gara-gara jalanraya dekat malaysia ni teruk. lubang sana sini. Ibu ada cerita yang kereta Ibu sebelum ni gegar2 sikit bila bawak atas 80 KM sejam. Masa pegi bengkel tu ingat nak buat alignment dan balancing. rupa2nya rim dah kemik skit.  Makanya terpaksa lah repair sportrims tu . Jom tengok gambar kereta tu tengah dicabut "kasut"nya . hehe
Tinggal Kenangan. Inilah warna Asal SportRims Ibu.


 pakai tiga car jack pun cukup . magic kan ?

Rims yang dipinjamkan oleh bengkel kereta. belakang lain.depan lain.

Lepas ni kereta Ibu dapat lah "kasut  baru" sempena raya. cewah bergaya lah kereta Ibu . harap2 warna yg dicat nanti match dengan warna asal sport rims  Ibu . kalau lain nanti tak match pulak dengan kereta. hrmm..

Khamis, 11 Julai 2013

projek eraman lagi...


pertama skali, salam ramadhan untuk semua dari kami sekeluarga....entry pagi td lupa nak ucap...hehe...ha...semalam office ibu tutup...bos bg cuti semperna hari pertama ramadhan....pastu semalam gak memang hari cuti ayah...pastu semalam gak adalah hari pertama atuk & wan jadi pesara penjawat awam...tahniah...tahniah...

ha...pastu semalam gak ibu ayah nak g beli telur angsa (berapa banyak ''semalam gak'' lah)....amek kat seremban...orang yang jual tu duduk jelebu...jadi nyer mintak jumpa kat seremban...memang best...dapat lah mulakan balik projek eraman telur angsa...ayah bli 10 biji...tak leh bli banyak sangat sebab incubator tak muat...hehe...telur angsa tu bukan cam besar telur ayam...satu incubator yang ayah wat tu leh muat dalam 10 biji je...

pegi semalam kat seremban tu ajak skali atuk & wan...leh jalan2 semperna hari pertama bersara..ha...yang telur angsa tu, masuk dalam mesin incubator tu pada 10/07/2013 pada jam 10.30 malam....tempoh eraman 30 hari...jadinyer tarikh jangkaan menetas die 09/08/2013....maybe malam gak kot menetasnyer...09/08/2013 tu mase hari raye kedua lak tu...hehe...anak syawal lah anak2 angsa tu nanti...

tu je lah kisah kali ni...nanti2 ibu update sama ada telur2 tu ade menjadi ke tak...dalam hari ke 4 atau 5 nanti ibu ayah akan wat candling...kalau xnmpk lagi, wat mase hari ke 10 nanti...jom layan gambar lak...
sebahagian telur angsa yang baru dibeli...belum dibersihkan lagi...

bersih dah...leh masuk incubator...muat2 je incubator tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)2009 .. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger